Kemasukkan Pelajar

Bagaimanakah cara untuk memohon masuk ke sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor?

Borang permohonan boleh didapati di semua Sekolah Rendah Agama (SRA),Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI),
Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi),Sekolah Rendah Islam Persendirian (SRI) dan sekolah yang ada mengambil Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor atau di pejabat agama islam daerah yang berdekatan.

Borang permohonan ke sekolah Agama Menengah (SAM) yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk diproses.
*** SAM Sultan Hisamuddin tidak ada mengeluarkan sebarang borang permohonan.

Syarat utama kemasukan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor

Wajib lulus Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) minimum 80% (Jaiyid Jiddan). Pemilihan pelajar berdasarkan peratus diputuskan sepenuhnya oleh JAIS. Pihak sekolah hanya menerima senarai nama pelajar yang diserahkan oleh pihak JAIS.

Bagi kemasukkan dari luar negeri Selangor, permohonan adalah melalui JAIS.

Syarat am kemasukan murid Tingkatan Satu (1) ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor adalah:
1 Calon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.
2 Lulus Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor.
3 Lulus Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Cara untuk memohon adalah:
1 Borang permohonan boleh didapati di semua Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi), Sekolah Rendah Islam Persendirian (SRI) dan sekolah yang ada mengambil Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor.

2 Borang permohonan ke sekolah Agama Menengah (SAM) yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk diproses.

*Sebarang perubahan kepada syarat kemasukkan bergantung kepada Surat Siaran Jabatan Pendidikan Selangor (Sektor Pendidikan Isalam dan Moral) serta Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

55 Responses

  1. Apakah syarat2 utk memohon kelayakan masuk sekolah ni?

    • Maklumat telah di update. Terima kasih.

    • assalamalaikum untuk tingkatan2 ada kosong lagi ke ?

  2. Sekarang masih boleh apply ke?

  3. apa beza sekolah menengah agama dan sekolah agama menengah?tk

    • Puan boleh dapatkan maklumat di sini. http://www.moe.gov.my/my/sabk-smka

  4. Assalamualaikum.
    Bagaimana cara untuk mohon masuk ke Tingkatan 2? Anak saya dari aliran agama.
    Terima kasih.

    • Waalaikum salam, anak puan dari sekolah mana?

  5. salam…sy nak tanye..seandainya anak saya xde penilaian sekolah rendah agama pula macam mane ye?? boleh explain..?

    • Maaf puan, psra adalah syarat. Namun, puan boleh berhubung dengan JAIS untuk maklumat lanjut.

  6. Assalamualaikum. Saya nak tanya ada tak kemudahan asrama disediakan? Anak saya telah lulus PSRA dan mendapat 3B 2C dalam UPSR, adakah dia layak?

    • Xbleh kot

  7. Assalamualaikum.Bagaimana Hendak Mohon Masuk Ke Tingkatan 4 bagi Tahun Hadapan? Anak Saya Dari Aliran Ugama .Terima Kasih.

  8. Assalamualaikum. Anak saya telah lulus UPSR 1A4B, PSRA mendapat JAID JAYIDAN adakah beliau layak. Anak saya berminat dengan aliran agama. Minta maklumat lanjut

  9. Assalamualaikum…anak saya telah mendapat 2a3B upsr, 8A UPKK dan 82.2 PSRA….pihak sekolah KAFA telah membuat permohonan ke SAMT Hisamuddin Klang…sekiranya tidak berjaya, boleh ke sekiranya saya membuat permohonan utk SAM Hiisamuddin Sg Bertih jika ya…bagaimana caranya….terima kasih

  10. Sy nk tya mengenai permohonan tingkatan 1 ke SAM. Sy telah mghntr borng melalui pengetua kafa. Bila sy bole tahu keputusan samada diterima @tidak?

    • as’salam…sy sudah mohon utk kemasukan tktn 1 samtaj…blh sy tahu bila keputusan akan diketahui…sy yg amat berharap…setakat ari ini tiada surat @ cal dri jais@ dri mn2 pihak yg berwajib…

      • assalamualaikum. tuan boleh terus menghubungi sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  11. As salam. Anak saya sebelum ini mengambil bidang tahfiz di sekolah swasta berasrama. Jika dia berminat bersekolah di Sek Men Agama Hishamudin, bagaimana nak memohon? Tk

    • wa’alaikumsalam wrt wbt
      sek swasta tu ada x belajar akademik dan bhs arab al azhar….? klu nak merayu masuk ke SABK bole berurusan dgn JAIS dan sebarang kemusykilan bole hubungi sek utk keterangan lebih lanjut 03-33724120

  12. Assalamualaikum…Anak saya bersekolah Men.Agama swasta & bgaimana cara & boleh x buat pertukaran SABK untuk ting 2

    • wa’alaikumsalam wrt wbt
      sek swasta tu ada x belajar akademik dan bhs arab al azhar….? klu nak merayu masuk ke SABK bole berurusan dgn JAIS dan sebarang kemusykilan bole hubungi sek utk keterangan lebih lanjut 03-33724120

  13. Assalamualaikum.admin..awal jan 2014 ank.saya tingkatan 1 mendapat tawaran ke sam sg bertih.juga kemasukan ke.asrama..saya membuat tinjauan ke dalam asrama dan mendapati bilik ac1 tiada kipas untuk semua dan banyak loker yang tiada kunci yg memaksa kami perlu keluar untuk.mencari drill dan padlock.bila ditanya pada.anak yang berada di.situ..mereka mengatakan memang sudah lama begitu.mohon pihak.sekolah betulkan ..sebab kesian.mereka..dan betul ke orentasi sangat teruk?saya rasa kecewa juga pasal disebabkan itu anak menjadi tidak berminat untuk belajar di situ..minta maaf sangat jika komen saya agak sensitf.cuma tidak mahu perkara remeh menjadi sebab untuk ank nak berhnti.dari.sekolah yang bagus ini.

    • Waalaikumsalam w.b.t. Terima kasih puan, perkara ini telah dipanjangkan dan tindakan telah diambil..

  14. Salam, anak saya telah mengisi borang permohonan ke Tingkatan 1 pada tahun lepas. Pihak sekolah yang berikan boran tersebut. Tetapi dukacita kerana anak saya tidak berjaya diterima masuk. Bolehkah kami membuat rayuan. Anak sy mendpt 4A1B, Jayyid Jiddan.lah. Harap dpt reply. Terima kasih.

    • Salam, puan boleh hubungi sekolah melalui telefon untuk mendapatkan maklumat lanjut

  15. Macam mana dengan syarat pendaftaran tingkatan 2

  16. salam..sya ingin brtnya kpd pihak sek..ank sya skrg bersekolah di sebuah sek men maahad di sungkai perak under swasta dlm ting 1..sya ingin mendaftarkn ank sya ke sek ini untk tahun hadapan..masalahnye keputusan PSRA ank sya cuma maqbul sja dn keputusan UPSR 2B 3C..layak ke ank sya memasuki sek ini? sekian terima kasih

  17. assalam..saya ingin memohon sekolah menengah agama untuk anak saya,,bila tarikh tutup permohonan dan mohon bagi contact number untuk saya hubungi untuk keterangan lanjut..anak saya amat berminat dalam aliran agama..beliau adalah wakil hafazan untuk sekolah dan mendapat 5A 2B 1C dalam UPKK..harap dapat memberi peluang kepada anak saya

  18. Assalamualaikum
    Saya ingin memindahkan anak perempuan saya berumur 13 tahun (tingkatan satu) 2014 ke sekolah ini pada tahun hadapan 2015(tingkatan 2). anak saya sekarang bersekolah di sek men agama al falah batu talam raub pahang di bawah Jabatan agama islam Pahang.

    Apakah syarat & bagaimana cara untuk saya memohon ke sekolah ini.
    UPSR 2013 (3A2B) UPSRA 2013 – Jayid.

    Mohon bantuan…kerana saya amat2 mengharapkan agar anak saya dapat pindah ke selangor memandangkan sek anak saya ini jauh dan memerlukan kos yang agak tinggi.

    Wassalam, terima kasih

  19. Assalamualaikum
    Saya ingin memindahkan anak lelaki saya berumur 15 tahun (tingkatan tiga) 2014 ke sekolah ini pada tahun hadapan 2015(tingkatan 4 ). anak saya sekarang bersekolah di sek agama menengah Harapan (SAMHA)diJenjarom Kuala Langat,Banting. Mohon bantuan…kerana saya amat2 mengharapkan agar anak saya dapat pindah kesekolah ini memandangkan saya akan bersara pada 12/12/2014 dan tak mampu menanggung kos yang agak tinggi diSAMHA. Apakah syarat & bagaimana cara untuk saya memohon ke sekolah ini.

    • Waalaikumsalam. Tuan boleh berhubung terus dengan JAIS. Terima Kasih.

  20. Assalamualaikum…
    Jika anak lelaki saya mendapat keputusan PSRA Jidan…dan UPSR 3A 2C..layak ke dia untuk memohon sekolah ini..?

  21. Assalamualaikum, anak saya mendapat UPSR 3A 2B,manakala PSRA pula MUNTAZ..adakah anak saya layak memohon ke sekolah ini.

  22. Assalamualaikum..anak saya mendapat UPSR 2A1B 2C,manakala PSRA pula jayid jiddan baru baru ini(2014)..ada kah layak..?
    wassalam.

  23. Bila keputusan utk kemasukan ke tingkatan 1 sek.men.akan diumumkan

    • Senarai nama pelajar yang dipilih telah ada. Puan boleh hubungi sekolah.

  24. Assalamualaikum, bagaimana saya nk semak keputusan permohonan tingkatan 1 tahun 2015 ke sekolah agama sg.bertih ? apakah pautan yang patut saya layari.

    • Waalaikum salam.. tuan boleh hubungi sekolah..

  25. Assalammualaikum, saya ingin bertanya, jika saya ingin memohon untuk kemasukan ke Tingkatan 2 di sekolah Tuan bagi tahun depan, 2015, bagaimana pula syaratnya?

  26. Assalamualaikum.
    Bagaimana cara untuk mohon masuk ke Tingkatan 2? Anak saya dari aliran agama.
    Terima kasih.

    • terus hubungi JAIS shah alam 03-55143600

  27. Assalamualaikum…thn lepas saya tak daftar untuk anak saya ke sam,kerana anak saya hanya dapat upsr 2a2b1c dan psra jayyid,anak saya berminat untuk masuk ke sekolah agama…boleh kah tuan/puan beritahu apa yang patut saya buat.

    • untuk kemasukan ke tingkatan 2/2016 pn bole berhubung terus ke JAIS shah alam 03-55143600

  28. As salam.kelas tingkatan 4..masih kosong lagi.?

    • untuk kemasukan tingkatan 4 tahun 2016 bole berhubung terus JAIS bahagian pengurusan sekolah 03-55143600

  29. Assalamualaikum..nk tnye Ustazah sekolah rendah bg tahu borang permohonan kene online…x tahulah yg mane satu??

    • sekolah kami tiada menyediakan borang permohonan kerana sekolah kami adalah sekolah yang di tawarkan oleh JAIS dan kami berpandukan kepada surat tawaran yang pihak JAIS berikan kepada pelajar yang di tawarkan sahaja

  30. Assalamualaikum..nk tnye adik sy nk mohon kemasukan ting1 sekolah menengah hisamuddin..ustazahnye Kate nk mohon kene permohonan online

    • betul tu skarang pendaftaran di buat secara online berdasarkan maklumat yg kami berikan tarikh tutup 30.9.2015

  31. Assalamualaikum, anak saya memohon ke sekolah SAM sebelum keluar result upsr. Setelah result keluar , saya tidak dpt menukar permohonan online ke sekolah yg syaratnya layak utk dia ke sekolah SABK atau minimum 3A2B dan jayyid jiddan. walaupun result kemasukkan belum keluar, dimanakah dapat saya berjumpa utk rayuan JAIS atau JPN?

  32. assalammualaikum… bagaimanakah caranya untuk masukkan anak saya Tingkatan 4 di sekolah tuan…

  33. assalamualaikum, keputusan rayuan kemasukan ke tingkatan 1 dh kluar ke blum? trimakaseh.

  34. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Sekiranya saya ingin menghantar anak saya ke sekolah agama di negeri Selangor ini adakah pihak tuan hanya mengambil pelajar yang ada kelulusan sekolah rendah agama negeri Selangor (PSRA) sahaja atau boleh menerima pelajar yang ada kelulusan dari negeri lain?
    Sekian, terima kasih.

  35. Saya berminat utk meletakan anak saya di sekolah Tuan utk Tingkatan 1 pada tahun 2017…adakah saya perlu apply dlm talian atau ke JAIS utk mendapatkan borang? Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: