Nasihat Ringkas Untuk Menghadapi Keputusan SPM

Saya dimaklumkan bahawa tidak lama lagi akan diumumkan keputusan SPM.

Tentu berdebar-debar rasanya.  Berbagai-bagai perasaan datang menyerbu masuk ke dalam hati kecil mereka.  ’Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah’, mungkin itu agaknya yang sedang mereka hadapi kini.  Saya dan rakan-rakan sudah melalui pengalaman itu dan saya tahu apa yang sedang dilanda oleh adik-adik kita tatkala ingin berhadapan dengan situasi sebegini.

Kejutan akibat keputusan SPM ini bukan calang-calang juga kejutannya.  Kerana SPM adalah merupakan tiket besar untuk pelajar-pelajar menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi.  Malah, SPM selalu juga dianggap sebagai hitam atau putih masa depan seseorang.  Walaupun agak keterlaluan anggapan itu, tetapi tidak dinafikan terdapat juga kebenaran pada tanggapan itu walaupun mungkin sedikit.  Hakikatnya, usaha yang berterusan, sifat yang positif dan keizinan ALLAH adalah faktor yang utama dan valid dalam menentukan baik atau buruk masa depan seseorang.

Individu yang tidak mempunyai persiapan mental yang kukuh, barangkali bakal berhadapan dengan kejutan yang amat dahsyat.  Jika ia kejutan yang manis, maka dia boleh tersenyum.  Tetapi, jika ia kejutan yang pahit, maka beban perasaan yang terpaksa dihadapi olehnya boleh kadang-kadang membinasakan.  Bukan itu sahaja, malah dalam banyak situasi banyak jari, mulut dan mata masyarakat mula menunjuk ke arahnya dan menghukumnya.  Sungguh malanglah rasa dirinya…

Justeru, persiapan mental dan rohani mesti kuat untuk menangani kejutan ini!

1.  Perbanyakkan Ingat ALLAH

Adalah penting pada saat ini hati dalam keadaan tenang.  Untuk mendapat hati yang tenang dan sakinah, maka perlulah diperbanyakkan diri itu mengingati ALLAH.  Firman ALLAH Ta`ala yang bermaksud:

“Ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang”  (Surah Ar-Ra`d, 13:28)

Apabila hati tenang, insyaALLAH kita akan rasional dan redha dengan semua situasi yang menyinggahi setiap fasa kehidupan kita.

2.  Syukur Jika Keputusan Baik, Sabar Jika Tidak.

Dalam menghadapi ujian kehidupan yang penuh dengan ketidaktentuan ini, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

“Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)

Jika keputusan yang baik diterima, maka bersyukurlah kepada ALLAH.  Sebaliknya, jika keputusan yang diterima tidak menepati harapan, malah meleset pula, maka bersabarlah.  Dengan bersabar, insyaALLAH banyak kebaikan akan datang.

Kepentingan Syukur dan Sabar ini telah saya sentuh secara ringkas di dalam pesanan saya kepada remaja yang bertanya seperti di atas.  Dan saya pernah menulis berkaitan SABAR di dalam satu posting di blog sebelum ini.  Baca di sini:  http://muzir.wordpress.com/2010/10/07/bersabarlah-wahai-saudaraku/

3.  Redha Dengan Keputusan Yang Diterima, Jangan Berkalau-kalau Lagi

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

“Jika kamu tertimpa sesuatu, janganlah mengucapkan, “Seandainya/kalaulah saya berbuat begini dan begitu” tetapi katakanlah, “ALLAH telah mentaqdirkannya”, apa yang telah dikehendakiNYA pasti akan terjadi, kerana sesungguhnya kata-kata “seandainya/kalaulah” itu membuka jalan bagi Syaitan.”  (HR Muslim)

Di dalam hadith di atas, kita disuruh agar tidak berkalau-kalau apabila telah berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Dalam situasi menghadapi keputusan SPM, janganlah kita berkata, “kalaulah dulu aku belajar rajin-rajin…”“seandainya aku baca topik ini dan itu…” dan seumpamanya.  Kerana ini akan menyebabkan kita didatangi perasaan yang sangat kacau, sedih, menyesal, gelisah dan murung.  Perasaan ini akan menatijahkan sesuatu yang lebih buruk kepada diri.  Dan Syaitan akan mula mengambil kesempatan untuk membisikkan perkara yang bukan-bukan untuk difikirkan dan dilakukan.

Sebaliknya, terimalah hakikat itu dan redholah.  Bersifat positiflah.  Kuatkan Iman bahawa semua yang terjadi adalah semuanya sudah ditentukan ALLAH dan pasti mempunyai hikmah tertentu yang disembunyikan olehNYA, yang belum dinampakkan olehNYA kepada diri kita.  Seterusnya, mulakanlah rancangan untuk memiliki masa hadapan yang lebih cerah, sejak dari sekarang.

4.  Terimalah Hakikat, Tentu Ada Hikmah Di Sebaliknya

Di dalam surah al-Baqarah, ALLAH `Azza wa Jalla telah berfirman:

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, dan ALLAH  jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”  (Surah Al-Baqarah, 2:216)

Belum tentu apa yang kita sangka baik untuk kita, ia baik untuk kita.  Dan belum tentu apa yang kita tidak suka itu, tidak baik untuk kita.  Hanya ALLAH lah yang tahu tentang hakikat semua kejadian yang berlaku kepada kita dan sekeliling kita.  Sudah banyak kita dapati melalui berita, ada yang telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang di dalam peperiksaan, tetapi akhirnya terjelepuk jatuh kehinaan apabila belajar di luar negara berlesenkan keputusan tersebut.  Dan ramai juga telah kita baca kisah mereka atau kita jumpa sendiri orangnya yang berjaya dalam kehidupan mereka walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam sekolah atau universiti.  Justeru, tenangkanlah hati dan perhatikan betul-betul perkataan ALLAH di atas.  InsyaALLAH, kita akan mudah redho dan tenang menghadapinya.  Pokoknya, berbaik sangkalah dengan ALLAH dan redholah dengan apa-apa yang bakal diterima nanti.

Akhir sekali, walau apapun keputusan yang keluar nanti:  Sabar, syukur dan redholah.

WAllahu Ta`ala A`lam

(Sumber)

Advertisements

SENARAI PELAJAR CEMERLANG SPM 2010.. TAHNIAH!!!

BIL A NAMA PELAJAR
11 A 

( 2 PELAJAR )

RABIATUL ADAWIYAH BINTI RIDZUAN 

SITI NORHASLINDA BINTI ABDULLAH

9 A 

(5 PELAJAR )

MUHAMMAD ALI BIN YUNUS 

FARAH NADIRAH BT SAHARUNI

NUR AMIRAH BT MOHAMAD ZAMRAN

NURMAISARAH BT MOHD NAZERI

MUHAMAD FAIS B MOHDER

8 A 

( 4 PELAJAR )

MUHAMMAD FAKRUL RAZZI B OSMAN 

JARIAYAH BT ARIS SUBADRI

SAIDATUL SHAHIDAH BT MUHAMAD SHAH

NORAMIRAH BT ABDUL RAHMAN

7 A  

( 11 PELAJAR )

MUHAMMAD AMIR ASYRAF B JAMAL 

KHAIRUNNISA BT MAZLAN

NOR SAEDAH BT MUSTAFA

NUR ATHIRAH BT ABD. HAMID

SITI MUTHMAINNAH BT OSMAN

ABDUL ARIF B ABDUL HAKIM

KHAIRUN NISAA BT BAHARIN

NUR ATHIRAH BT PAKHARUDDIN

MUHAMMAD HAZIM B ZAHARI

RUZAIN B ROPIEN

SITI NUR WAHYUNI BT ABDUL WAHUB

6 A 

( 17 PELAJAR )

AHMAD AZIZI BIN BHARUDDIN 

MUHAMMAD IFTHIQAL B MOHD ISSAM

MUHAMMAD SYAMIM B SUHAIMI

NOOR ASHIKIN BT MOHAMAD ISA

NOR FARA DIANA BT ABD RAZAK

AHMAD FAKHRUL FARIS B MOHD HUSAINI

FATIN BT MD SALIM

NUR HIDAYAH BT NOR HASAN

NUR JANNAH NATHASHA BT MUHAMAD ASRI

NURUL NADIA BT JISWANI

MUHAMMAD AMIRUL B MOHD AMIN

MUHAMMAD SYAHIR RAHIMI B SUKRI

HAMIDAH BT MUHAMAD RASID

NOOR SYAZANA BT ABD HAMID

NUR FARZANA IZZATI BT SHAHARUDDIN

NOR AZAWANA BT M. BASRI

NUR SHAQIRA AINA BT MOHD FAIZAL

SUHARNI BT SUDIRO
Penyelaras SPM 2010

Keputusan SPM 2010 – updated

Assalamualaikum w.b.t.

Perhatian kepada semua calon SPM 2010 SAM Sultan Hisamuddin, keputusan SPM akan diumumkan berdasarkan butiran berikut:

Tarikh : 23 Mac 2011
Hari : Rabu
Masa : Bermula 11.00 pagi
Lokasi : Bilik Ibnu Khaldun, SAMS Hisamuddin

Semua calon dikehendaki berpakaian sekolah lengkap.
Calon juga dikehendaki membayar semua hutang dengan sekolah seperti yuran sekolah, yuran asrama, buku SPBT dan lain-lain.

Kerjasama semua amat dihargai.

Wassalam..

KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009

PRESTASI KESELURUHAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009

TAHUN JUM.CALON JUMLAH CALON YANG MEMPEROLEHI PANGKAT A GPS TH JUM. LULUS
10 A % 9 A % 8 A % 7A % 6 A % 5 A % 4 A % 3A % 2 A % 1 A % 0 A %
2008 97 1 1.03 1 10.3 2 2.06 3 3.09 2 2.06 4 4.1 14 14.4 10 10.3 15 15.4 15 15.4 30 30.9 4.58 0 97
2009 130 1 0.76 3 2.32 9 6.98 7 5.42 10 7.75 6 4.65 11 8.53 7 5.42 17 13.18 15 11.63 43 33.33 4.02 1 129

PRESTASI KESELURUHAN :

Pengekalan peratusan pencapaian sekolah (100%) dengan peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti. Peningkatan kuantiti pencapaian pelajar yang memperolehi bilangan A dalam SPM. Begitu juga pencapaian keseluruhan keputusan meningkat dari segi kualiti (Peningkatan  GPS dari 4.58 kepada 4.02) berbanding tahun 2008.

SENARAI PELAJAR CEMERLANG SPM 2009

BIL BIL A NO IC NAMA PELAJAR KEPUTUSAN TINGKATAN
1. 10 A 920409-10-5660 NURNADIRA FATIN BT ABD. AZIZ 10A 1C 5 TAAT
2. 9 A( 3 PELAJAR ) 920804-14-6251920411-10-5870

920423-10-5894

SHAKIR ZUFAYRI BIN DARMAWIFATIN FASEHA BT FAISAL

NURHIDAYAH BT SUHAIMI

9A 3B9A 2B

9A 1C 1D

5 TAAT5 TAAT

5 TAAT

3. 8 A( 9 PELAJAR ) 920820-08-5022920403-10-6224

920110-10-5009

920424-10-5220

921118-10-6334

920429-10-6054

920222-10-5820

921024-10-5840

920606-10-6478

NURUL AQILAH BT ROSLISITI FITRINA BT SUKERMAN

MUHAMMAD SYAFIQH BIN AZMI

NURUL AMIIRAH BT MUHAMMAD PUAD

NURUN NAZIRAH BT KAMARUL ZAMAN

AZMIRA BT MOHD NASIR

NURAISHAH BT ZAINUDDIN

NURFARAH AIN BT RUDEMAN

HALIMATUSYAHIRAH BT NORLIZAM

8A 2B 1C8A 2B 1D

8A 1B 2C

8A 1B 2C

8A 1B 2C

8A 2B 1D

8A 1B 1C 1D

8A 1B 1C

8A 2B 1D

5 TAAT5 TAAT

5 TAAT

5 TAAT

5 TAAT

5 AMANAH

5 AMANAH

5 YAKIN

5 YAKIN

4. 7 A( 7 PELAJAR ) 920817-91-5005921023-14-5613

920911-01-5118

921130-10-5246

920525-10-5510

920506-10-6120

920225-10-6220

ZAID BIN ZULKIFLIKHAIRI AZRI BIN HABIR

MAHFUZAH HUSNA BT ABD WAHAB

NOR IZYANI BT MOHD. ROZI

SITI HAJAR BT HASSAN

NORHAYATI BT ABU TALIB

MUZATUL ATIRA BT BAHRIM

7A 3B 1C7A 2B 2C

7A 2B 2C

7A 2B 2D

7A 2B 2D

7A 3B

7A 1B 2C

5 TAAT5 TAAT

5 TAAT

5 TAAT

5 TAAT

5 YAKIN

5 YAKIN

5. 6 A( 10 PELAJAR ) 920826-10-6170920117-10-5028

920926-10-6194

920318-10-6078

920222-10-9137

920313-02-5690

920510-10-6019

920509-10-6126

920607-07-5343

920205-10-5968

NINA SYAZANA BT IDRISNUR SAJADDAH BT ZAKARIAH

RABIATUL ADAWIYAH BT AHMAD

AZLINDA BT MASHUDI

MOHD SAZELI BT BOHARI

FARAH SYAFIQAH BT MOHD SOFIAN

SHAHRUL NAIN BIN SHAHAROM

ZALIFAH BT ABDUL RAHMAN

MUHAMMAD FIRDAUS BIN RUSLAN

NURUL ATIEKAH BT SIKIN

6A 4B 1C6A 3B 2C

6A 2B 1C 1D

6A 2B 2C 1D

6A 2B 3E

6A 3B 1C 1D

6A 2B 3C

6A 3B 1C

6A 1B 3C

6A 1B 2C 1D

5 TAAT5 TAAT

5 TAAT

5 TAAT

5 TAAT

5 AMANAH

5 AMANAH

5 YAKIN

5 YAKIN

5 YAKIN

6. 5 A 6 PELAJAR
7. 4 A 11 PELAJAR
8. 3 A 7 PELAJAR
9. 2 A 17 PELAJAR
10. 1 A 15 PELAJAR
11. TIADA A 43 PELAJAR
12. TIDAK HADIR 1 PELAJAR
JUMLAH CALON 130 PELAJAR

Disediakan oleh : Pn. Suharni Sudiro (Penyelaras SPM)

Keputusan SPM 2009

Assalamualaikum w.b.t.

Perhatian kepada semua calon SPM 2009 SAMS Hisamuddin, keputusan SPM akan diumumkan berdasarkan butiran berikut:

Tarikh : 11 Mac 2010
Hari : Khamis
Masa : Bermula 11.00 pagi
Lokasi : Bilik Ibnu Khaldun, SAMS Hisamuddin

Semua calon dikehendaki berpakaian sekolah lengkap.
Calon juga dikehendaki membayar semua hutang dengan sekolah seperti yuran sekolah, yuran asrama, buku SPBT dan lain-lain.
Pelajar yang gagal berbuat demikian tidak dibenarkan untuk mengambil keputusan anda.
Kerjasama calon amat dihargai.

Wassalam..