Majlis Khatam Quran

Bismillahirrahmanirrahim

Bulan Ramadhan merupakan bulan umat Islam melaksanakan rukun Islam yang ketiga, sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh umat terdahulu. Melaksanakan ibadah puasa menjadi kewajipan kepada seluruh Umat Islam. Oleh itu Program Majlis Khatam Al Quran dilaksanakan sebagai aktiviti kemuncak Ihya’ Ramadhan.

Alhamdulillah, Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) & Panitia AL-QURAN dengan kerjasama Badan Kebajikan Pelajar dan Badan Disiplin telah berjaya merealisasikan Majlis Khatam Quran pada 3 Sept 2010. Majlis ini dimulakan dengan Ceramah Ramadhan oleh Tn Haji Ann Wan Seng diikuti Khatam Quran oleh pelajar terpilih (pelajar asrama). Majlis kemudiannya meraikan pelajar yatim dan miskin dengan penyampaian duit raya hasil sumbangan ibu bapa dan kutipan sepanjang Ramadhan.

Wallahualam bi shawab

Jemputan ke Solat Hajat Perdana

Solat Hajat Perdana peringkat sekolah tiba lagi untuk tahun ini. Butirannya seperti berikut:

Tarikh : 1 Okt 2010
Masa : 6.00 p.m – 9.30 p.m
Tempat : Musolla SAMSHSB
Sasaran : Semua Ibubapa & pelajar yang bakal menghadapi PMR, SMA & SPM

Semoga dengan kehadiran semua dapat memeriahkan lagi majlis tersebut.