Ceramah Maulidur Rasul 2010

Assalamualaikum & Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 H/2010 M

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 19 Feb 2010, warga SAM Sultan Hisamuddin dapat mengikuti Majlis Ceramah Maulidul Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Wan Hamidi.

Berikut ceramah beliau yang sempat dirakam oleh Cikgu Izwan. Klik di sini untuk mendengar.

Kita merayakan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. kerana kita mencintai baginda. Dan bagaimana kita tidak mencintai baginda, sedangkan seluruh alam semesta mengenali dan mencintai baginda. Ingatlah hadith tentang sebatang pohon kurma yang tidak bernyawa, betapa ia manyayangi dan mencintai nabi S.A.W. serta rindu untuk selalu dekat dengan nabi yang mulia, bahkan menangis sebanyak-banyaknya kerana rindu kepada Nabi S.A.W.- al Bayan al Qawim lil Tashhih Ba’dhi al-Mafhim.

Semoga dengan ceramah ini dapat memberi pengetahuan baru dan dapat meningkatkan kasih kita kepada baginda Rasulullah s.a.w. WAllahu A’lam.

Tahniah dan Takziah Cikgu Norhan

Assalamualaikum w.b.t.

Berita yang baik dahulu :). Walaupun agak terlewat, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Norhan kerana telah mendapat seorang cahaya mata yang sungguh comel iaitu Mohammad Amsyar pada 18 Jan 2010.

Walaubagaimanapun, kami juga ingin mengucapkan takziah kepada Cikgu Norhan kerana telah terlibat dalam kemalangan pada 4 Feb 2010 dan beliau akan berehat sehingga 2 Mac 2010.

Sama-samalah kita berdoa agar Cikgu Norhan cepat sembuh seperti sediakala seterusnya dapat mencurahkan ilmu kepada anak-anak di SAM Sultan Hisamuddin. Amin..

WAllahu A’lam.

TAMRIN QIYADI 2010

Alhamdulillah, Tamrin Qiadi SAM Sultan Hisamuddin bagi tahun 2010 telah berjalan dengan jayanya. Berikut butirannya:

Tarikh             : 29hb-31hb Januari 2010

Hari                 : Jumaat hingga Ahad

Lokasi             : Sekitar Kawasan Sekolah

Anjuran           : Unit Bimbingan Kaunseling, Unit Disiplin serta Unit Badan Dakwah dan Rohani

Tamrin Qiadi tetap menarik walaupun hanya dijalankan dalam kawasan sekolah. Ucapan setinggi tahniah kepada kepimpinan pelajar yang mengikuti program ini dengan penuh bersemangat.

Program dilengkapkan dengan perasmian penutup oleh Pn Serifah Mahaya bt Syed Dakian Pengetua SAMS Hisamuddin.

Semoga dengan penganjuran kursus kepimpinan Tamrin Qiyadi ini dapat memberikan kesan kepimpinan yang baik dikalangan pemimpin sekolah. Peranan dan sumbangan mereka amat diperlukan dalam merealisasikan harapan dan membantu pihak pentadbiran sekolah. Justeru amatlah perlu mereka diberi latihan dan tunjuk ajar supaya pergerakan kepimpinan mereka menberikan impak yang positif.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama guru yang sanggup hadir dalam waktu cuti dan bersengkang mata hingga ke pagi dalam memastikan kelancaran program ini. Usaha ini membuktikan kesepakatan dan permuafakatan warga sekolah ini.

Semoga kepimpinan sekolah dapat membuktikan kemenjadian seorang pemimpin selepas program ini. Wallahua’lam

Terima kasih kepada Cikgu Aizan & Cikgu Izwan kerana menyumbangkan gambar dan laporan program ini.