Makluman STPM 2012

Makluman lagi! 🙂 Kali ini berkenaan dengan lepasan SPM 2011 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6.

Makluman terbaru berkenaan program STPM dan juga sistem semester yang baru boleh dibaca di sini.

Borang boleh didapati secara online di laman web http://www.moe.gov.my/ dan lihat pada bahagian pengumuman/pemberitahuan.

Borang Insya Allah akan dikeluarkan dalam bulan April-Mei.

Minta disebarkan ya.. 🙂

 

Biasiswa Untuk Lepasan SPM dan STPM 2011

Assalamualaikum semua..

Hari ni cikgu nak kongsikan senarai biasiswa yang anda ; lepasan spm dan stpm 2011 boleh apply. Maaf cikgu sedikit lambat naikkan post ni. Ada biasiswa yang tarikh tutupnya begitu cepat – Hari Ini! Contohnya Biasiswa Khazanah..Tapi tak mengapalah. Ada lagi beberapa biasiswa yang awak boleh cuba. Klik link di bawah :

 

1. http://www.awanpagi.com/senarai-biasiswa-2012-untuk-lepasan-spm-dan-stpm-2011/

2.http://www.mara.gov.my/web/guest/kolej-/-kursus-tajaan

3. http://afterschool.my/scholarship/

4. http://www.scholarshipsreview.info/

 

Ok..Harap awak semua boleh sebar-sebarkan link ini kepada kawan-kawan yang berminat.Perlu bergerak pantas ya. Peluang tidak datang selalu. Kalau awak memang nak kan scholarship ni, kene buat kerja sikitlah ye. Saya hanya dapat membantu dalam cara begini. Selebihnya awak usaha sendiri. Insya Allah boleh berjaya.

Senarai Pelajar Cemerlang SPM 2011. Tahniah!!

 

BIL A

NAMA PELAJAR

10 A

( 1 PELAJAR )

SYAHMI SYAHIRAH BINTI MODH SAHIT

9 A

( 3 PELAJAR )

ALIF QUZAIFI BIN MOHD YUSRI

NURUL ZAFIRAH BINTI ZULKARNAIN

NUR FATINI BINTI MD ALI

8 A

( 9 PELAJAR )

ALIEFF NOR FARHAN BIN MOHAMAD YUNUS

AWIN NURHAZWANI BINTI MOHAMAD ZAINI

KHAIRUNISA FADILA BINTI ABD HALIM

MUHAMMAD AZRUL ASHRAF BIN BORHANUDIN

NOR IZZATI BINTI ZULKIFLE

NUR JARIAH BINTI MAT SHAFIE

NURFATIN NAJIHAH BINTI MOHD ZAHER

NUR AIN BINTI ABDULL TALIB

NURUL ASHIKIN BINTI RUSLI

7 A

( 7 PELAJAR )

AMIRUL SYAZWAN BIN SHARUDIN

NURFARAHIYAH BINTI SHA’ARI

NURFARZANA HUDA BINTI AZMAN

NUR FATIHAH BINTI ALIMUDDIN

UMMI AQILAH BINTI NORLIZAM

NOR AISYAH BINTI DARUS

NUR ELEENA BINTI ILMUDIN

6 A

( 13 PELAJAR )

MUHAMMAD FADHLI BIN SAPIE

MUHAMMAD MUSTAQIM BIN RAZALLI

ANURA FITRINA BINTI SHAHRIR ARIFF

FARAH ZULIFA ISMIDA BINTI ZULKEFLI

MOHAMMAD ARIFUDDIN BIN MOHD NASIR

MUHAMMAD FAKHRUL BIN THASLIM

MUHAMMAD SYAHDANI BIN MOHD ROBANI

NOR AFIQAH BINTI MOHAMAD ARIF

NUR SYAZWI IZZATI BINTI KAMAL

MUHAMMAD EZZUDDEEN ABDISSALAM BIN ROZALI

NUR AMAL AFIQAH BINTI AZHAR

PUTERI AQILA BINTI MEGAT ASIF

SITI NURFASIHAH BINTI MOHD RADZI

MOHD ADAM BIN MOHAMAD ISMAIL

DI SEDIAKAN OLEH:
PN SUHARNI SUDIRO (PENYELARAS SPM)

Maklumat Sijil LCCI Pada Lepasan SPM Tingkatan 5 Sina 2011

Assalamualaikum WBH, salam tahniah kepada semua lepasan SPM 2011 yang telah selamat mendapat keputusan hari ini 21 Mac 2012. Perasaan bercampur baur. Ada gembira,sedih dan sebagainya. Pesanan saya, Allah ada menyembunyikan hikmahNya yang tersendiri dalam keputusan kita itu. Redhalah..Insya Allah besar manfaatnya.

Ok, saya nak menyampaikan sedikit maklumat kepada para pelajar tingkatan 5 Sina 2011 yang mengambil prinsip perakaunan. Anda boleh memohon sijil LCCI (semak pada slip SPM awak bahagian bwh sekali dia ada tulis-Yang layak adalah 1-6)

Permohonan boleh dibuat dalam 30 hari selepas SPM diumumkan.

Cara-caranya:

1. Yang paling mudah awak download sahaja di www.lcciasia.com. Kemudian alamatkan terus kepada

LCCI Internatiobal Qualifications (Malaysia) Sdn.Bhd

Suite 11.01, 11th floor

Menara Yayasan Selangor

18 A, Persiaran Barat

46000 Petaling Jaya, Selangor

2. Borang di UBK..Jumpa dengan saya. Hantar sendiri ke alamat yang sama

3. Bayaran RM25 dikenakan untuk sijil ini.

 

Pertanyaan lanjut sila berhubung terus dengan Cikgu Aimi di UBK ya…TQ..

 

Nasihat Ringkas Untuk Menghadapi Keputusan SPM

Saya dimaklumkan bahawa tidak lama lagi akan diumumkan keputusan SPM.

Tentu berdebar-debar rasanya.  Berbagai-bagai perasaan datang menyerbu masuk ke dalam hati kecil mereka.  ’Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah’, mungkin itu agaknya yang sedang mereka hadapi kini.  Saya dan rakan-rakan sudah melalui pengalaman itu dan saya tahu apa yang sedang dilanda oleh adik-adik kita tatkala ingin berhadapan dengan situasi sebegini.

Kejutan akibat keputusan SPM ini bukan calang-calang juga kejutannya.  Kerana SPM adalah merupakan tiket besar untuk pelajar-pelajar menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi.  Malah, SPM selalu juga dianggap sebagai hitam atau putih masa depan seseorang.  Walaupun agak keterlaluan anggapan itu, tetapi tidak dinafikan terdapat juga kebenaran pada tanggapan itu walaupun mungkin sedikit.  Hakikatnya, usaha yang berterusan, sifat yang positif dan keizinan ALLAH adalah faktor yang utama dan valid dalam menentukan baik atau buruk masa depan seseorang.

Individu yang tidak mempunyai persiapan mental yang kukuh, barangkali bakal berhadapan dengan kejutan yang amat dahsyat.  Jika ia kejutan yang manis, maka dia boleh tersenyum.  Tetapi, jika ia kejutan yang pahit, maka beban perasaan yang terpaksa dihadapi olehnya boleh kadang-kadang membinasakan.  Bukan itu sahaja, malah dalam banyak situasi banyak jari, mulut dan mata masyarakat mula menunjuk ke arahnya dan menghukumnya.  Sungguh malanglah rasa dirinya…

Justeru, persiapan mental dan rohani mesti kuat untuk menangani kejutan ini!

1.  Perbanyakkan Ingat ALLAH

Adalah penting pada saat ini hati dalam keadaan tenang.  Untuk mendapat hati yang tenang dan sakinah, maka perlulah diperbanyakkan diri itu mengingati ALLAH.  Firman ALLAH Ta`ala yang bermaksud:

“Ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang”  (Surah Ar-Ra`d, 13:28)

Apabila hati tenang, insyaALLAH kita akan rasional dan redha dengan semua situasi yang menyinggahi setiap fasa kehidupan kita.

2.  Syukur Jika Keputusan Baik, Sabar Jika Tidak.

Dalam menghadapi ujian kehidupan yang penuh dengan ketidaktentuan ini, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

“Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)

Jika keputusan yang baik diterima, maka bersyukurlah kepada ALLAH.  Sebaliknya, jika keputusan yang diterima tidak menepati harapan, malah meleset pula, maka bersabarlah.  Dengan bersabar, insyaALLAH banyak kebaikan akan datang.

Kepentingan Syukur dan Sabar ini telah saya sentuh secara ringkas di dalam pesanan saya kepada remaja yang bertanya seperti di atas.  Dan saya pernah menulis berkaitan SABAR di dalam satu posting di blog sebelum ini.  Baca di sini:  http://muzir.wordpress.com/2010/10/07/bersabarlah-wahai-saudaraku/

3.  Redha Dengan Keputusan Yang Diterima, Jangan Berkalau-kalau Lagi

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

“Jika kamu tertimpa sesuatu, janganlah mengucapkan, “Seandainya/kalaulah saya berbuat begini dan begitu” tetapi katakanlah, “ALLAH telah mentaqdirkannya”, apa yang telah dikehendakiNYA pasti akan terjadi, kerana sesungguhnya kata-kata “seandainya/kalaulah” itu membuka jalan bagi Syaitan.”  (HR Muslim)

Di dalam hadith di atas, kita disuruh agar tidak berkalau-kalau apabila telah berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Dalam situasi menghadapi keputusan SPM, janganlah kita berkata, “kalaulah dulu aku belajar rajin-rajin…”“seandainya aku baca topik ini dan itu…” dan seumpamanya.  Kerana ini akan menyebabkan kita didatangi perasaan yang sangat kacau, sedih, menyesal, gelisah dan murung.  Perasaan ini akan menatijahkan sesuatu yang lebih buruk kepada diri.  Dan Syaitan akan mula mengambil kesempatan untuk membisikkan perkara yang bukan-bukan untuk difikirkan dan dilakukan.

Sebaliknya, terimalah hakikat itu dan redholah.  Bersifat positiflah.  Kuatkan Iman bahawa semua yang terjadi adalah semuanya sudah ditentukan ALLAH dan pasti mempunyai hikmah tertentu yang disembunyikan olehNYA, yang belum dinampakkan olehNYA kepada diri kita.  Seterusnya, mulakanlah rancangan untuk memiliki masa hadapan yang lebih cerah, sejak dari sekarang.

4.  Terimalah Hakikat, Tentu Ada Hikmah Di Sebaliknya

Di dalam surah al-Baqarah, ALLAH `Azza wa Jalla telah berfirman:

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, dan ALLAH  jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”  (Surah Al-Baqarah, 2:216)

Belum tentu apa yang kita sangka baik untuk kita, ia baik untuk kita.  Dan belum tentu apa yang kita tidak suka itu, tidak baik untuk kita.  Hanya ALLAH lah yang tahu tentang hakikat semua kejadian yang berlaku kepada kita dan sekeliling kita.  Sudah banyak kita dapati melalui berita, ada yang telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang di dalam peperiksaan, tetapi akhirnya terjelepuk jatuh kehinaan apabila belajar di luar negara berlesenkan keputusan tersebut.  Dan ramai juga telah kita baca kisah mereka atau kita jumpa sendiri orangnya yang berjaya dalam kehidupan mereka walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam sekolah atau universiti.  Justeru, tenangkanlah hati dan perhatikan betul-betul perkataan ALLAH di atas.  InsyaALLAH, kita akan mudah redho dan tenang menghadapinya.  Pokoknya, berbaik sangkalah dengan ALLAH dan redholah dengan apa-apa yang bakal diterima nanti.

Akhir sekali, walau apapun keputusan yang keluar nanti:  Sabar, syukur dan redholah.

WAllahu Ta`ala A`lam

(Sumber)

MAKLUMAN PADA LEPASAN SPM 2011

Assalamualaikum kepada semua warga SgBerth. Di sini cikgu ada dua makluman untuk para pelajar lepasan SPM 2011(ehem!result dan nak keluar 22Mac ni kan?)

1. Borang permohonan ke tingkatan 6 bawah di sekolah menengah berasrama penuh KISAS dan SMAP Labu ada pada cikgu. Minta ‘alert’ pada yang berminat supaya mendapatkan borang ni pada cikgu semasa result keluar nanti.Lengkapkan borang dan hantar SENDIRI ke BPI Cyberjaya dalam tempoh 4 minggu selepas keputusan diumumkan. Kelewatan menyebabkan awak terlepas peluang nnti.

2. Darul Quran dah keluarkan iklan untuk pengambilan pelajar baru untuk Program Diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2012/2013. Borang permohonan adalah secara atas talian (online) di laman sesawang

a. www.islam.gov.my

b.www.darulquran.gov.my

Program ini ada temuduga ya. Jadi isi borang ni dalam jangka masa 10 hari selepas keputusan SPM diumumkan dan tunggu keputusannya.Tarikh semakan temuduga adalah secara atas talian pada 9 April 2012.

Tarikh temuduga adalah di antara 11-14 April 2012 dan keputusan temuduga dan surat tawaran juga boleh disemak secara atas talian mulai 4 Mei 2012. Tarikh daftar masuk pada calon yang berjaya adalah pada 7 Mei 2012… 😀

Calon yang tidak dapat apa-apa makluman selepas 7 Mei 2012 dianggap tidak berjaya.

Syarat-syarat lain boleh didapati dengan mengunjungi bilik kaunseling.

Jadi, minta kawan-kawan sebarkan pada lepasan SPM 2011 ni kalau berminat ya. Selamat menempuh alam universiti dan selamat berjaya untuk keputusan SPM 22 Mac ni :)