Mesyuarat Guru 1 (29/12/09)

Buat guru-guru SAM Sultan Hisamuddin Sg Bertih yang dihormati, tuan puan dijemput dengan segala hormatnya ke Mesyuarat Kali-1 Bagi Sesi Persekolahan 2010.

Butir-butir mesyuarat yang bakal diadakan adalah seperti berikut:

 

Tarikh: 
29 DISEMBER 2009

Hari: 
Selasa

Masa: 
8.30 pagi

Tempat: 
Bilik Gerakan SAMSHSB

 

Sekian, dimaklumkan.

Ucapan dan Nasihat oleh Lepasan SPM 2009.

Hari ini, 16 Disember 2009 tercatitlah sejarah bagi pelajar2 Tingkatan 5 SAMSHSB kerana telah berjaya mengharungi ujian paling besar mereka setakat ini, iaitu SPM.  Mereka bakal meninggalkan sekolah yang tercinta dan meneruskan perjuangan hidup mereka di tempat lain pula.

Warga sekolah pastinya akan merindui setiap mereka, apatah lagi pada mereka yang telah banyak menyumbangkan tenaga, masa dan fikiran mereka untuk sekolah.  Sumbangan mereka telah banyak mewarnai corak sekolah dan cerita suka duka di dalamnya.

Di ruangan ini, diharapkan semua lepasan SPM 2009 dapat meninggalkan sedikit ucapan dan kata-kata nasihat untuk dimanfaatkan oleh semua warga SAMSHSB.  Pastinya adik2 kalian dapat mengambil banyak iktibar dari nasihat kalian.  Mungkin jika ada ucapan untuk para guru pun silakan…

Dipersilakan untuk memberi ucapan dan nasihat.  Silakan…

Bayaran Tambahan Persekolahan Bagi Tahun 2010

Kepada Ibu Bapa / Penjaga
SAM Sultan Hishamuddin Sg Bertih, Klang

Tuan/Puan,

Bayaran Tambahan Persekolahan Bagi Tahun 2010

Sila klik yang berkenaan untuk melihat kandungan surat mengikut tingkatan:

  • Tingkatan 1
  • Tingkatan 2   
  • Tingkatan 3 
  • Tingkatan 4 
  • Tingkatan 5 

Segala bayaran yuran perlu dibayar secara tunai kepada guru kelas.  Dan pastikan guru kelas mengeluarkan resit sekolah.

Sekian, terima kasih.

Islam Sedang Berkembang Di Barat. Kenapa?

ISLAM merupakan nikmat paling tinggi yang ALLAH subhanahu wata’ala kurniakan buat kita.  Sebahagian insan terpaksa melalui proses yang panjang dan sukar untuk memiliki nikmat ini.  Namun, kita sebahagian besarnya sudah pun beragama ISLAM sejak mula lahir ke dunia ini.

Tahukah kalian bahawa ISLAM kini sangat berkembang pesat di negara-negara Barat, terutama di benua Eropah & Amerika sana?  Ya, ISLAM sedang berkembang pesat di sana.  Mengapa?  Ini kerana masyarakat Barat mula mengenali keindahan ISLAM apabila mereka mula didedahkan ajaran yang sebenar yang terdapat di dalam al-Quran & as-Sunnah.  Selama ini, ajaran ISLAM yang cantik itu sentiasa terlindung oleh akhlaq ummat ISLAM yang sebahagian besarnya buruk dan memalukan.  Keindahan ISLAM terlindung dek ummat ISLAM sendiri.

Tetapi, setelah mereka menyelidik keindahan ISLAM, nah ISLAM semakin tersebar luas di sana.  Yang paling penting ialah mereka mengambil ISLAM itu daripada sumber asal ISLAM iaitu al-Quran & as-Sunnah.  Semoga kita semua kembali melihat setiap butir kalam ALLAH di dalam al-Quran, dan kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam melalui al-hadith.  dengan itu, insyaALLAH kita ummat ISLAM akan kembali gah dan cemerlang.

Video berikut dikutip dari youtube yang merupakan salah satu video yang telah dimuatkan di WECHOOSEISLAM.WORDPRES.COM.  Sila ke laman web tersebut, kerana terdapat 21 video dan 17 artikel berkenaan insan yang telah memeluk ISLAM.  Kenapa mereka memeluk ISLAM?  temui jawapan mereka di laman web tersebut.  Ada pengajaran dan iktibar yang boleh kita teladani.

***************

www.wechooseislam.wordpress.com

***************

Islam Sweeps Through The West. But Why?

-Bahagian 1-

-Bahagian 2-

klik sini