Oh SPM! repost

Bahang peperiksaan semakin dirasai oleh pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara yang telah meduduki peperiksaan SPM. Pelbagai perasan dan reaksi yang berbeza dapat dilihat pada pelajar Tingkatan 5 akhir-akhir ini. Ada yang memperlihatkan wajah yang berkeyakinan tinggi, ada yang berkerut dahi dan ada juga yang “no komen”. Walau apa pun keadaan, para pelajar perlu ingat sebagai seorang muslim kita sebenarnya mempunyai senjata rahsia yang tidak dimiliki oleh orang lain. Setelah semua daya USAHA dicurahkan untuk menghadapi SPM, inilah masa untuk merpergiatkan amalan berDOA. Tidak dinafikan bahawa seluruh pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara telah memerah otak dan keringat mengulangkaji pelajaran. Namun, pelajar-pelajar muslim mempunyai Allah yang akan sentiasa mendengar hajat, rintihan dan permintaan selagi mana kita berdoa kepadaNYA..

Jadi di sini disertakan doa ketika menghadapi kesulitan, yang ma’thur daripada Rasulullah SAW. Berdasarkan sebuah hadis, yang mana Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa;

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا و أنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا

Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza shi’ta sahla

“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan” – Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Sinni dan juga Ibnu Hibban

Dengarkan demo pembacaan doa ini oleh Syeikh Mishary El Fassy

Banyak lagi doa2 yang boleh diamalkan oleh pelajar antaranya di sini dan sini

Jadi Doalah seboleh yang mampu. Sebelum peperiksaan, Semasa Peperiksaan, Selepas Peperiksaan. Doa, doa, dan doa. Insya-Allah, jika kita istiqomah, Maka Allah akan membalasnya dengan kejayaan yang setimpal dengan apa yang kita usahakan.

Setelah selesai perjuangan SPM ini, berserahlah kepada Allah dengan sebenar-benar penyerahan dengan TAWAKAL. Wallahualam..

ubah suai dari sini

Nasihat Ringkas Untuk Menghadapi Keputusan SPM

Saya dimaklumkan bahawa tidak lama lagi akan diumumkan keputusan SPM.

Tentu berdebar-debar rasanya.  Berbagai-bagai perasaan datang menyerbu masuk ke dalam hati kecil mereka.  ’Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah’, mungkin itu agaknya yang sedang mereka hadapi kini.  Saya dan rakan-rakan sudah melalui pengalaman itu dan saya tahu apa yang sedang dilanda oleh adik-adik kita tatkala ingin berhadapan dengan situasi sebegini.

Kejutan akibat keputusan SPM ini bukan calang-calang juga kejutannya.  Kerana SPM adalah merupakan tiket besar untuk pelajar-pelajar menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi.  Malah, SPM selalu juga dianggap sebagai hitam atau putih masa depan seseorang.  Walaupun agak keterlaluan anggapan itu, tetapi tidak dinafikan terdapat juga kebenaran pada tanggapan itu walaupun mungkin sedikit.  Hakikatnya, usaha yang berterusan, sifat yang positif dan keizinan ALLAH adalah faktor yang utama dan valid dalam menentukan baik atau buruk masa depan seseorang.

Individu yang tidak mempunyai persiapan mental yang kukuh, barangkali bakal berhadapan dengan kejutan yang amat dahsyat.  Jika ia kejutan yang manis, maka dia boleh tersenyum.  Tetapi, jika ia kejutan yang pahit, maka beban perasaan yang terpaksa dihadapi olehnya boleh kadang-kadang membinasakan.  Bukan itu sahaja, malah dalam banyak situasi banyak jari, mulut dan mata masyarakat mula menunjuk ke arahnya dan menghukumnya.  Sungguh malanglah rasa dirinya…

Justeru, persiapan mental dan rohani mesti kuat untuk menangani kejutan ini!

1.  Perbanyakkan Ingat ALLAH

Adalah penting pada saat ini hati dalam keadaan tenang.  Untuk mendapat hati yang tenang dan sakinah, maka perlulah diperbanyakkan diri itu mengingati ALLAH.  Firman ALLAH Ta`ala yang bermaksud:

“Ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang”  (Surah Ar-Ra`d, 13:28)

Apabila hati tenang, insyaALLAH kita akan rasional dan redha dengan semua situasi yang menyinggahi setiap fasa kehidupan kita.

2.  Syukur Jika Keputusan Baik, Sabar Jika Tidak.

Dalam menghadapi ujian kehidupan yang penuh dengan ketidaktentuan ini, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

“Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)

Jika keputusan yang baik diterima, maka bersyukurlah kepada ALLAH.  Sebaliknya, jika keputusan yang diterima tidak menepati harapan, malah meleset pula, maka bersabarlah.  Dengan bersabar, insyaALLAH banyak kebaikan akan datang.

Kepentingan Syukur dan Sabar ini telah saya sentuh secara ringkas di dalam pesanan saya kepada remaja yang bertanya seperti di atas.  Dan saya pernah menulis berkaitan SABAR di dalam satu posting di blog sebelum ini.  Baca di sini:  http://muzir.wordpress.com/2010/10/07/bersabarlah-wahai-saudaraku/

3.  Redha Dengan Keputusan Yang Diterima, Jangan Berkalau-kalau Lagi

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

“Jika kamu tertimpa sesuatu, janganlah mengucapkan, “Seandainya/kalaulah saya berbuat begini dan begitu” tetapi katakanlah, “ALLAH telah mentaqdirkannya”, apa yang telah dikehendakiNYA pasti akan terjadi, kerana sesungguhnya kata-kata “seandainya/kalaulah” itu membuka jalan bagi Syaitan.”  (HR Muslim)

Di dalam hadith di atas, kita disuruh agar tidak berkalau-kalau apabila telah berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Dalam situasi menghadapi keputusan SPM, janganlah kita berkata, “kalaulah dulu aku belajar rajin-rajin…”“seandainya aku baca topik ini dan itu…” dan seumpamanya.  Kerana ini akan menyebabkan kita didatangi perasaan yang sangat kacau, sedih, menyesal, gelisah dan murung.  Perasaan ini akan menatijahkan sesuatu yang lebih buruk kepada diri.  Dan Syaitan akan mula mengambil kesempatan untuk membisikkan perkara yang bukan-bukan untuk difikirkan dan dilakukan.

Sebaliknya, terimalah hakikat itu dan redholah.  Bersifat positiflah.  Kuatkan Iman bahawa semua yang terjadi adalah semuanya sudah ditentukan ALLAH dan pasti mempunyai hikmah tertentu yang disembunyikan olehNYA, yang belum dinampakkan olehNYA kepada diri kita.  Seterusnya, mulakanlah rancangan untuk memiliki masa hadapan yang lebih cerah, sejak dari sekarang.

4.  Terimalah Hakikat, Tentu Ada Hikmah Di Sebaliknya

Di dalam surah al-Baqarah, ALLAH `Azza wa Jalla telah berfirman:

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, dan ALLAH  jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”  (Surah Al-Baqarah, 2:216)

Belum tentu apa yang kita sangka baik untuk kita, ia baik untuk kita.  Dan belum tentu apa yang kita tidak suka itu, tidak baik untuk kita.  Hanya ALLAH lah yang tahu tentang hakikat semua kejadian yang berlaku kepada kita dan sekeliling kita.  Sudah banyak kita dapati melalui berita, ada yang telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang di dalam peperiksaan, tetapi akhirnya terjelepuk jatuh kehinaan apabila belajar di luar negara berlesenkan keputusan tersebut.  Dan ramai juga telah kita baca kisah mereka atau kita jumpa sendiri orangnya yang berjaya dalam kehidupan mereka walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam sekolah atau universiti.  Justeru, tenangkanlah hati dan perhatikan betul-betul perkataan ALLAH di atas.  InsyaALLAH, kita akan mudah redho dan tenang menghadapinya.  Pokoknya, berbaik sangkalah dengan ALLAH dan redholah dengan apa-apa yang bakal diterima nanti.

Akhir sekali, walau apapun keputusan yang keluar nanti:  Sabar, syukur dan redholah.

WAllahu Ta`ala A`lam

(Sumber)

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Ramadan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!

Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah telah menjanjikan kita dengan sabdanya, “Solat yang lima. Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim),

Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsu berguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusia sukakan kebersihan, keindahan. makan minum. dan berkeluarga hingga berkembang biak memenuhi bumi. Namun, nafsu mudah menjadi liar hingga membahayakan diri dan alam. Betapa kecantikan terjebak kepada kelucahan. Urusan makan minum menjadi perebutan harta dan takhta. Kesihatan, kekuatan dan kemudaan sering disalahgunakan hingga tergadai usia muda kerana lupa kepada Allah.

Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih teliti dalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa pada perut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah.

Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).

Menurut hadith ini, orang yang berpuasa perlu kuat bersabar apabila dalam situasi genting atau bertelingkah. Disebutnya, ‘Saya berpuasa’ beberapa kali untuk mengingatkan diri agar tidak merosakkan pahala puasa. Puasa begitu penting dijadikan latihan mengubah sikap hingga Rasulullah mengingatkan kita, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari).

Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.

Pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah. Alangkah gembiranya jika Ramadhan itu sepanjang tahun. Dari Abi Mas’ud Al-Ghifari r.a, katanya,’Rasulullah SAW bersabda;’Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan,nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan.’ (Riwayat Ibnu Khuzaimah)… sumber

Khas Untuk Remaja SAMSHSB – Kompilasi Artikel Untuk Dimanfaatkan

Assalamu`alaikum…

Sekarang ni cuti sekolah kan? Saya harap semua remaja2 SAMSHSB pandai mengisi masa yang terluang ini dengan aktiviti2 berfaedah. Di sini, saya compilekan beberapa tulisan yang boleh dimanfaatkan oleh kalian sebagai remaja yang saya petik semuanya daripada sebuah blog.  Saya harap anda semua dapat memanfaatkan inti kandungannya. Kalau tak faham isu atau mesejnya bolehlah bertanya di bahagian komen blog tersebut ok:

Catitan dari kuliah tokoh:

  1. http://muzir.wordpress.com/2011/04/21/masa-depan-tamadun-islam-oleh-sheikh-as-sudais/
  2. http://muzir.wordpress.com/2011/04/22/khutbah-sheikh-as-sudais-fenomena-menyedihkan/
  3. http://muzir.wordpress.com/2011/05/12/pesanan-tuan-guru-nik-abdul-aziz-nik-mat/
  4. http://muzir.wordpress.com/2011/05/16/hakikat-ujian-kepada-orang-yang-beriman-dr-wahbah-az-zuhaily/

Pasal Cinta & Couple:

  1. http://muzir.wordpress.com/2010/10/16/ustadz-apa-hukum-bercouple/
  2. http://muzir.wordpress.com/2011/02/27/apakah-hukum-couple-kerana-allah/
  3. http://muzir.wordpress.com/2010/04/24/syarat-dalam-pergaulan/
  4. http://muzir.wordpress.com/2009/11/24/muhasabah-cinta/
  5. http://muzir.wordpress.com/2010/02/16/kisah-benar-cinta-monyet/
  6. http://muzir.wordpress.com/2009/02/26/kau-cintakan-dia-tetapi-adakah-dia-cintakan-kau/

Catitan Program di SAMSHSB:

  1. http://muzir.wordpress.com/2010/08/07/borak-borak-dengan-remaja-tentang-adab-pergaulan-isu-couple/
  2. http://muzir.wordpress.com/2010/07/12/pengajaran-dari-israk-miraj/
  3. http://muzir.wordpress.com/2010/09/30/pasca-ramadhan-agar-diri-terus-di-atas-agamanya-bhgn-1/
  4. http://muzir.wordpress.com/2010/10/07/pasca-ramadhan-agar-diri-terus-di-atas-agamanya-bhgn-2/
  5. http://muzir.wordpress.com/2009/10/24/sejadah-berdiri/
  6. http://muzir.wordpress.com/2009/09/11/al-quran-kita/
  7. http://muzir.wordpress.com/2011/01/18/kasarnya-kita-terhadap-anjing-islam-ajar-begitukah/
  8. http://muzir.wordpress.com/2011/04/16/borak-borak-dengan-remaja/

Pasal berhati2 ketika menggunakan Facebook:

  1. http://muzir.wordpress.com/2010/12/23/facebook-oh-facebook/
  2. http://muzir.wordpress.com/2010/04/27/privacy-setting-di-facebook-supaya-muslimah-terjaga-kehormatannya/
  3. http://muzir.wordpress.com/2010/04/02/facebook-jangan-tak-jangan/
  4. http://muzir.wordpress.com/2010/03/05/bahaya-fungsi-tagging-di-facebook/

Akhlaq / Umum:

  1. http://muzir.wordpress.com/2009/11/14/muslimah-dan-tudung-labuh/
  2. http://muzir.wordpress.com/2009/11/04/milikilah-sifat-malu/
  3. http://muzir.wordpress.com/2011/01/15/alaaa-kau-pun-bukan-baik-sangat-dulu/
  4. http://muzir.wordpress.com/2010/03/11/hiraukah-mereka-dengan-hati-guru/
  5. http://muzir.wordpress.com/2009/08/07/mudahnya-untuk-mendapat-ganjaran-allah/
  6. http://muzir.wordpress.com/2011/03/16/bola-putih-bola-hitam/
  7. http://muzir.wordpress.com/2010/04/10/usaha-lindungi-diri-dari-fitnah-dajjal/
  8. http://muzir.wordpress.com/2010/03/26/ciri-ciri-riya-dan-ubatnya/
  9. http://muzir.wordpress.com/2010/03/15/7-golongan-dinaungi-allah/
  10. http://muzir.wordpress.com/2011/04/12/4-golongan-yang-tidak-dihisab-dan-diseksa/
  11. http://muzir.wordpress.com/2011/04/01/

Itu sahajalah buat setakat ni.  Saya harap kalian dapat memanfaatkan tulisan2 ini dengan membacanya, mengamalkannya serta menyebar-luaskannya supaya ia turut dapat dimanfaatkan oleh rakan2 yg lain.

Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara kalian dengan hidayah & taufiqNYA, amin… WAllahu Ta`ala A`lam….

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun :)

Doa time nak exam..

Khas untuk pelajar  yang akan ambil exam. Amalkanlah doa ini supaya dipermudahkan oleh Allah semasa menjawab exam nanti. buat yang terbaik untuk mid-year ni..
– Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
– Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ           عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِ.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab:
       ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
5. Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Doa – Usaha Ikhtiar – Tawakal.. Good Luck 🙂

Kisah Saidina Ali menghormati orang tua Nasrani

Suatu hari Saiyidina Ali Karramallaha Wajhah tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangai jalan yang gelap gelita.

Saidina Ali mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saidina Ali memasuki masjid di dapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Saidina Ali turut serta solat berjemaah.

Setelah selesai solat subuh Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah ” Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini, belum pernah engkau lakukan sebelum ini”. Jawab Rasulullah ” Semasa aku sedang rukuk, dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang Malaikat Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal”.

Mendengar jawapan Rasulullah, Saidina Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Saidina Ali supaya dapat ikut serta solat subuh berjemaah. Ada juga diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahkan Malaikat Mika’il supaya menahan kelajuan matahari agar Saidina Ali dapat solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saidina Ali meredah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu.

Pengajaran: Jika dengan orang yang bukan beragama Islam pun kita diajar supaya hormat sebegitu rupa, apatah lagi kepada ibu bapa, guru, orang yang lebih tua, rakan-rakan dan adik-adik kita yang seagama dengan kita..