Tulisan Terakhir & Permohonan Maaf

Assalamu’alaikum…

Ini merupakan tulisan terakhir saya di laman web SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih ini.  Tugas mengendali dan mentadbir laman web ini akan diteruskan oleh Cikgu Ali Zakri, insyaALLAH.

Alhamdulillah, segala pujian untuk ALLAH.  Saya rasa gembira tatkala mula-mula mewujudkan laman web ini.  Apatah lagi idea penubuhan laman web ini telah mendapat sokongan yang tinggi dari Puan Siti Zubaidah, iaitu bekas Pengetua SAMSHSB yang lepas.  Tulisan demi tulisan yang dihasilkan tidak terasa bebannya, malah keseronokan ingin mewar-warkan SAMSHSB ke arena global siber sentiasa menemani diri.  Kegembiraan ditambah lagi dengan komen-komen yang dihasilkan oleh puan pengetua, guru-guru, pelajar-pelajar, ibubapa, bekas-bekas pelajar dan orang awam yang telah sudi berkunjung ke laman web yang dhaif sifatnya ini.

Continue reading “Tulisan Terakhir & Permohonan Maaf”

Fakta, Nombor & Statistik Laman Web Ini

Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, segala pujian untuk ALLAH.  Laman web SAMSHSB kini telah berusia lebih setahun.  Masih lagi dalam tempoh merangkak-rangkak dan belajar.  Namun, telah dapat memberi manfaat kepada pengunjung yang sudi mengunjung terutama dalam memberi maklumat dan berita terkini tentang SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih, Klang.

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak diri saya dan para pengunjung merenung dan mensyukuri atas peluang yang telah ALLAH subhanahu wata’ala berikan kepada kita semua untuk berinteraksi dan berkenal-kenalan di ruang siber ini.  Semoga kita semua dapat lebih memanfaatkan nikmat kemudahan seumpama ini untuk kebaikan kita semua, insyaALLAH.

Sedikit fakta menarik di sepanjang kewujudan laman web ini (setakat 25 Januari 2010):

  1. Sebanyak 109 tulisan telah diterbitkan yang terdiri dari berita, pengumuman, makluman dan artikel.

  2. Sebanyak 1,391 komen dari pengunjung telah diluluskan.

  3. Tulisan Pertama diterbitkan pada 6/10/2008 bertajuk ‘Peperiksaan SMA Bermula Hari ini’

  4. Komen Pertama diterima dari Bondanani pada 22/10/2008.

  5. Tulisan ‘Persembahan oleh Kump Nasyid SAMHSB’ telah menerima komen terbanyak iaitu 62 komen.

  6. Top 10 yang banyak dilihat oleh pengunjung: 

    Title Views  
    Home page 12,429
    Tentang SAM Sultan Hisamuddin Sg Bertih 8,409
    Hubungi Sekolah 1,404
    Sejarah dan Kronologi Penubuhan SAM di S 1,305
    Sejarah Sekolah-sekolah Agama di Selango 1,155
    Buku Tetamu 1,051
    Persembahan oleh Kump Nasyid SAMHSB 909
    Organisasi Sekolah 858
    Video Lagu Sekolah 750
    Mukhayyam Thanawi 2009 608
  7. Bulan Mac 2009 telah menerima kunjungan terbanyak iaitu seramai 5,848 views.

  8. Sepanjang 2009, laman web ini telah menerima 44,423 views.

  9. Top 5 carian yang telah menemukan pengunjung dengan laman web ini: 

    Search Views
    sam hisamuddin sg bertih 722
    sam hisamuddin 436
    http://www.samhisamuddin.wordpress.com 409
    samhisamuddin 309
    samhsb 209
  10. Bulan April 2009 adalah bulan yang terbanyak diterbitkan tulisan.  Iaitu sebanyak 15 tulisan.
Graf kunjungan pelawat ke laman web SAMSHSB

 

Semoga ALLAH subhanahu wata’ala menerima segala usaha kebaikan kita bersama, amin…

Sekian, terima kasih 🙂

~CikguShah~

Muhasabah Cinta

“Cinta”.  Perkataan yang biasa kita dengar dan ungkapkan.  Setiap manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasaan cinta.  Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta.

Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak.  Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga.  Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu.  Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair.  Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta.  Dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kepada kekasihnya.  Secara dasarnya, kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta.

Itulah cinta.  Ia fitrah.  Dan ia juga boleh menjadi fitnah.  Ia boleh menjadikan seseorang mulia atau hina.  Ia bisa merubah manusia menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia.  Dan ia bisa juga menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia. 

Sudah lama kita menjalani kehidupan ini.  Dan sudah banyak kali perkataan ‘cinta’ kita ungkapkan dan luahkan.  Di kesempatan yang terbatas ini, marilah kita bermuhasabah.  Muhasabah tentang cinta.  Mudah-mudahan muhasabah ini bisa menyedarkan kita semua akan di mana letak duduknya rasa cinta kita?  Di tempat yang sepatutnyakah?  Atau sudah tersasarkah cinta kita selama ini?

1.    Orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH 

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا

 يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah…” (Surah ke-2, al-Baqarah: ayat ke-165)

2.  Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluq Melebihi Cinta Kepada ALLAH

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ

وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ

كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ

وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ

اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.  (Surah ke-9, at-Taubah: ayat ke-24)

Cukuplah dengan 2 ayat al-Quran di atas bagi kita mula bermuhasabah.  Jika selama ini kita telah meletakkan cinta dan perhatian kepada makhluq, nah mulai hari ini marilah kita letakkan semula rasa cinta dan kasih itu di tempat yang sepatutnya.  Menyedari bahawa meletakkan cinta kepada ALLAH mengatasi segala-galanya, kita mesti membuktikan rasa cinta itu.  Tidak cukup dengan hanya kalimah “aku cintakan ALLAH” atau “ALLAH adalah segala-galanya buatku” atau seumpama dengannya.  Ia mesti dibuktikan!

ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman di dalam al-Quran tentang pembuktian cinta kepada ALLAH adalah dengan mengikuti segala suruhan dan perintah yang disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ

اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ 

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  (Surah ke-3, ali-Imran: ayat ke-31)

Justeru, bagi merealisasikan rasa cinta kepada ALLAH, kita juga mesti meletakkan rasa patuh dan cinta kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Al-hubb (cinta) dan al-ittiba’ (ikut) Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah suatu yang dituntut agama. 

Muslimin-muslimat sekalian,

Sudah banyak rasa kecewa menyinggahi jiwa kita.  Sudah tidak terkira kita rasa sedih apabila orang yang kita cintai membuat sesuatu yang tidak kita sukai.  Sudah acap kali kita didatangi keresahan apabila harta yang kita cintai hilang atau berubah hakmilik.  Ya, cinta kepada makhluq pasti mengundang kekecewaan.

Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluqNYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa.  Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa.  Malah, jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa.

Hadis riwayat Anas radhiAllahu ‘anhu, dia berkata bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.” (Shahih Muslim No.60)

Semoga tulisan yang ringkas ini bisa mencetus rasa ingin memperbaiki rasa cinta kepadaNYA.  Mudah-mudahn kita semua tergolong di dalam kumpulan manusia yang meletakkan dambaan cinta dan redha ALLAH sebagai yang utama, amin…

WAllahu A’lam.

Dipetik dari:  http://muzir.wordpress.com/2009/11/24/muhasabah-cinta/

Tahniah Buat Semua Calon SMA 2009!

Jumaat lepas (15 Januari 2010) telah diumumkan keputusan peperiksaan SMA 2009.  Alhamdulillah, pencapaian SMA 2009 telah meningkat dari segi peratusannya, iaitu 90.6%, berbanding tahun 2008 87.9%. 

Dan alhamdulillah, SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih Klang telah mendapat ranking ke-10 daripada 23 buah sekolah SABK yang disenaraikan di negeri Selangor.

Tahniah buat semua 128 orang calon-calon SMA dan semua guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam peperiksaan SMA 2009. 

Berikut adalah beberapa nama pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SMA 2009:

MUMTAZ 

  1. Rabiatul Adawiyah binti Ridhwan
  2. Siti Norhaslinda binti Abdullah
  3. Nurmaisarah binti Mohd Nazeri

JAYYID JIDDAN

  1. Nor Amirah binti Mohd Zamran
  2. Norsaedah binti Mustafa
  3. Nur Athirah binti Abd Hamid
  4. Nurul Ain binti Hazali
  5. Khairun Nisa binti Baharin
  6. Nurjannah Natasha
  7. Siti Muthmainnah binti Osman
  8. Nurul Wafa binti Mohd Asri
  9. Mohd Farid bin Abd Talib
  10. Mohd Fais bin Mohder
  11. Muhd Ali bin Mohd Yunus
  12. Muhd Hafizuddin bin Hanapi
  13. Muhd Ifthiqal bin Mohd Isam
  14. Muhd Abdul Rohim bin Kamal
  15. Farah Nadirah binti Saharuni
  16. Norbaitie binti Kasim
  17. Nurhidayah binti Nor Hasan
  18. Siti Norzarifah binti Jamaludin
  19. Muhd Hazim bin Zahari
  20. Muhd Arif bin Mohd Yusof
  21. Afiqah binti Ismail
  22. Fatma Khairunnisa binti Ab. Ghani
  23. Jariayah binti Aris Subadron
  24. Saidatul Shahidah binti Muhd Shah
  25. Saidatul Syazwa binti Anur Ahmady
  26. Siti Aishah binti Salihin
  27. Siti Nurwahyuni binti Abdul Wahab
  28. Nursakinah Huda binti Ma’som
  29. Nur Shaqira Aina binti Mohd Faizal

TAHNIAH SEMUA!!!

Merentas Desa & Gotong Royong

Alhamdulillah, pada minggu lepas telah diadakan program Merentas Desa & Gotong Royong.  Berikut butirannya:

Merentas Desa:

Tarikh:  16 Januari 2010 (Sabtu)

Masa:  7.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Tempat:  Dilepaskan di pagar utama SAMSHSB dan para pelajar berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan.

Gotong Royong:

Tarikh:  16 Januari 2010 (Sabtu)

Masa:  10.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat:  Kelas masing-masing.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat ditangkap.  Dan gambar2 pemenang dalam acara Merentas Desa 2010:

Insan Datang dan Insan Pergi…

Insan Pergi

Persekolahan Januari 2010 telah dibuka dengan kesedihan oleh sebahagian warga SAMSHSB apabila ia dibuka tanpa kehadiran Ustadz Mahmuddin dan Ustadzah Rosliza.  Mereka berdua telah berpindah ke sekolah lain:

  • Ustadz Mahmuddin berpindah ke Maahad Tahfiz Sains Kampung Jawa, Klang.
  • Ustadzah Rosliza berpindah ke SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Dan baru-baru ini, kita dikejutkan lagi dengan berita perpindahan keluar Puan Pengetua, Puan Siti Zubaidah.  Malah sebelum itu, Puan Norsiah juga berpindah ke sekolah lain.  Hanya sempat bersama warga SAMSHSB seminggu sahaja pada sesi 2010 ini.  Bertambahlah lagi kesedihan di kalangan warga SAMHSB.

  • Puan Siti Zubaidah berpindah ke SAM Batu 10 Cheras, Hulu Langat.
  • Puan Norsiah berpindah ke SK Seksyen 7, Shah Alam.

Satu majlis khas telah diadakan sempena perpisahan ini pada 8 Januari 2010 yang lalu.  Sama-samalah kita doakan agar mereka yang tidak bersama kita lagi pada tahun ini agar dipelihara ALLAH sentiasa sepanjang hidup mereka dan dikurniakan ALLAH akan kesejahteraan selama-lamanya.

Jasa Ustadz Mahmuddin, Ustadzah Rosliza, Cikgu Norsiah dan terutamanya Puan Pengetua, Puan Siti Zubaidah tidak dapat kita balasi dengan sesuatu apa pun.  Moga2 sumbangan dan jasa mereka diganjari ALLAH dengan pahala yang besar, amin.

 

Insan Datang

Dan alhamdulillah, pada tahun 2010 ini kita juga telah menerima masuk guru-guru yang bakal berkhidmat memberikan sumbangan dan jasa mereka kepada SAMSHSB yang kita cintai ini.  Mereka ialah:

  • Puan Serifah Mahaya binti Syed Dakian – Pengetua baru SAMSHSB.  Beliau dahulunya berkhidmat sebagai Pengetua di SAM Batu 10, Cheras.  Ini bermakna beliau telah bertukar tempat dengan Puan Siti Zubaidah.

  • Puan Nabilah binti Mohd Khalil – Guru Akaun dan Matematik.  Beliau dahulu berkhidmat di SMKA (P) Kangar, Perlis.

  • Puan Noraini binti Ibrahim – Guru Matematik.  Dahulu berkhidmat di SMKA Sandakan, Sabah.

  • Puan Noorzi Arnizalizam binti Razak – Guru Sukatan Azhar.  Sebelum ini berkhidmat di KAFA Subang Jaya, Selangor.

Kami mengucapkan AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM.  Semoga dengan kehadiran kalian dapatlah lagi memberi warna warni kejayaan dan kecemerlangan kepada anak-anak didik di SAMSHSB, insyaALLAH.

Semoga kita dapat sama-sama bertukar idea dan pandangan, tegur-menegur dan saling memperbaiki di antara satu sama lain, supaya mereka semua, anak-anak didik kita mendapat manfaat yang besar dan beroleh kejayaan menjadi manusia yang soleh dan berjiwa rabbani.

SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG PMR 2009

Berikut adalah senarai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2009:

9A

1 EFPHY ANA BT RASMAIL
2 FAIRUZ AFIFAH BT MOHD DIN
3 HANISAH BT ZAINUDDIN
4 HANNA ZAKIYAH BT MAHPOL
5 ISTIHANA BT MOHAMED KAMAL
6 NOORATIKHAH BT MOHD. AZLI
7 NUR SAKINAH BT ABDUL GHANI
8 NUR SYAZWIN BT MOHAMMAD SHUKRI
9 NURHANIS BT AB HALIM
10 NURUL ASHIKIN BT ISMAIL
11 NURUL ASHIKIN BT RUSLI
12 PUTERI NUR AMIRA BT A. HAMID
13 ROBIATULIZZAH BT BASIR
14 WIA ARTIKA BT ABDUL RAHMAN 
15 YUSMANIARTI BT ISKANDAR
16 NATASHA AMIRA BT SUGIANTO
   
   
   

8A

1 ABDULLAH IQRAM B ZULKAFLI
2 IZZATI AFIQAH BT AB. RAZAK
3 MUNIRATULAIL BT HAZALI
4 NUR NADIAH BT A. KAMAL BAHRI
5 NURIN SYAHIRAH BT MD SIDEK
6 SYAHMI SYAHIRAH BT MOHD SAHIT
7 AMMAR FITRI B AMIN
8 NURUL ZAFIRAH BT ZULKARNAIN
9 NOR FATIHAH BT USALI
   
   
   

7A

1 AHMAD NUR HAKIM B MOHAMAD BASIR
2 MAHIRZAN B MUHAMAD
3 RAJA AIZAT AKMAL B RAJA ROMANJA ZAMIR
4 MUHAMMAD TARMIZI B ABU NAZIR
5 MUHAMMAD SYAFIQ B MOHD SABRI
6 KHAIRUNNISA BT KAMARUDIN
7 IZZATI AUNI BT BATRA’ AZMAN
8 NUR ATHIRA AMILA BT MOHD NOR
9 NUR MADIHAH BT MOHD MAHALI
10 AIESYAH DZHAFIERA BT ZULKIFLI
11 AWIN NURHAZWANI BT MOHAMAD ZAINI
12 MUHAMMAD ZAKHIRI B RUSLI
13 NUR ADILAH BT AHMADI
14 NURUL SHAHEERA BT SA’DON
15 SITI RAFIDAH BT ASYAARI
16 NURFARAHIYAH BT SHA’ARI
   
   
   

6A

1 MUHAMMAD AMIRUL ZAHAR B MOHD ASROMEE
2 MUHAMMAD HAZIQ HAIKAL B HAMDAN
3 AHMAD FARID B OTHMAN
4 ANIS NAJIHAH BT JOHAR
5 HALIMATUN SAADIAH BT MOHD SUHAIMI
6 IKHWAN SHAH B ARMAN SHAH
7 KHAIRUNISA FADILA BT ABD RAHIM
8 MOHAMMAD FAUZUL AZIM B MOHD KHAIRUDDIN
9 MUHAMMAD AFIF B MOHD NAZRI
10 MUHAMMAD NUR IRFAN B KAMAL ARIPIN
11 MUHAMMAD ZULHILMI B MD YASIN
12 NOR IZZATI BT ZULKIFLE
13 NUR ZASLIN BT ZAILANI
14 UMMI AQILAH BT NORLIZAM
15 FATIN NABIHAH BT NORDIN
16 NUR AIN BT ABDULL TALIB
17 NUR AMIRAH AMALINA BT MOHD KHIDHIR
18 AFIFI FAKHRI B AMIR HAMZAH
   
   

5A

1 MOHAMMAD FAZLIN B AIDANNASIR
2 MOHD AZRIL FITRI B MOHD AZMI
3 MOHD HAFFIZUL ASWAD B JOHARI
4 MUHAMMAD AZRUL ASHRAF B BORHANUDDIN
5 MUHAMMAD SYAFIQ SYAZWAN B ZAIMATULAKMA
6 NAJAKHUL UMAM B LAHURI
7 NUR ADIBAH BT AINAL AZMI
8 NUR JARIAH BT MAT SHAFIE
9 NURFATIN NAJIHAH BT MOHD ZAHER
10 NUR AMANINA BT AZMI
11 NURFARAHIN BT MOHD SHARIF
12 MOHAMMAD AMIROL AZAMI B ZOLKEFLI
13 SITI HAJAR BT MOKHTAR
14 ALIF QUZAIFI B MOHD YUSRI 
   

 

Alhamdulillah (segala pujian bagi ALLAH), kami mengucapkan tahniah buat pelajar-pelajar yang tersenarai atas kecemerlangan yang diperolehi oleh mereka dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang lalu.  Diharap keputusan ini dapat melonjakkan semangat mereka semua untuk terus berjaya pada masa akan datang.

Buat yang tidak tersenarai, janganlah berputus asa.  Bersyukurlah.  Anggaplah keputusan PMR yang kalian perolehi sebagai sebab untuk kalian lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan pada masa depan.  Banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kalian ambil.

Semoga ALLAH subhanahu wata’ala membimbing kalian semua di dunia & akhirat, amin…

Persekolahan 2010 Bermula!

Tanggal 3 Januari 2010 (Ahad), bermulalah diari baru semua warga SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih.  Hari persekolahan yang bermula pada hari Ahad baru-baru ini telah dihadiri oleh para pelajar, guru dan kakitangan dengan berbekalkan azam dan semangat baru.

Para pelajar dan guru sibuk dengan urusan pendaftaran.  Ibubapa yang hadir pada hari tersebut turut menanam semangat dan harapan agar anak-anak kesayangan mereka dapat membawa pulang cahaya kecemerlangan ke pangkuan keluarga.  Seterusnya menjadi bekalan menempuh kehidupan yang lebih panjang dan mencabar yang tersedia di hadapan.

Para pelajar yang tinggal di asrama juga turut sibuk kembali ke pangkuan asrama bagi meneruskan kehidupan pahit manis sebagai seorang pelajar.

Marilah kita sama-sama berdoa agar tahun 2010 ini, bakal memberikan 1001 warna warni kejayaan buat semua warga SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih.  Dan dibimbing ALLAH sentiasa dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…   

Beberapa gambar yang sempat diambil pada hari permulaan persekolahan SAMSHSB pada hari Ahad, 3 Januari 2010: