Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali

Assalamualaikum warahmatullah..Hari ni cikgu nak kongsikan dengan semua berkenaan adab murid atau pelajar terhadap gurunya. Saya mengingatkan diri saya juga dalam hal ini. Sama-samalah kita nasihat-menasihati dalam perkara-perkara kebaikan. Anda semuakan orang berilmu? Kita hayati bersama ya! 🙂

1.      Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan – ikut jantina.

2.      Jangan banyak bercakap di hadapan guru.

3.      Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.

4.      Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.

5.      Jangan menyangkal kata-kata guru.

6.      Jangan mengumpat pelajar lain.

7.      Jangan berbisik di hadapan guru.

8.      Jangan berpaling kiri dan kanan.

9.      Jangan menyoal semasa guru kepenatan.

10.  Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).

11.  Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.

12.  Rujuk guru dalam memilih ilmu.

13.  Jangan duduk tempat guru.

14.  Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.

15.  Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.

16.  Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.

17.  Muliakan anak-anak guru.

18.  Selalu berhubung dengan guru.

19.  Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.

20.  Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

PEMUDA-PEMUDI HARAPAN SEKALIAN, Mulailah mengorak langkah sekarang. Jadilah angkatan pemuda dan pemudi yang sentiasa punya semangat tinggi dan keperibadian kreatif. Tidak larut dalam lumpur maksiat dan hanyut dalam arus perdaya syaitan. Tangisilah atas sikap kita, kelakuan kita, ketidaksanggupan kita, kemalasan kita,kejahilan kita dan ketidakprihatinan kita. Perbaiki diri kita dan serulah orang lain.

Epilog: “ Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang Telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu[apa yang Telah Allah janjikan kepadanya] dan mereka sedikipun tidak mengubah (janjinya),” al ahzab:23

Kelakuan baik dari murid sesungguhnya tiada batasnya. Dia hendaknya selalu berusaha keras (jihad) dan membuat kemajuan dengan Gurunya, dengan sesama saudaranya, dengan masyarakatnya, dan dengan Bangsanya, karena Allah selalu memperhatikan dia, Nabi (s.a.w.) selalu memperhatikan dia, Guru selalu memperhatikan dia, dan para Guru-Guru yang telah mendahului mereka selalu memperhatikan mereka. Dengan kemajuan yang tetap, hari demi hari, dia akan mencapai Keadaan Kesempurnaan (the State of Perfection) dengan petunjuk dan bantuan Gurunya.

semoga kita semua menjadi murid yang sentiasa mentaati guru kita(selagi mana tidak bertentangan dengan syarak dan membawa maslahah hasanah), dan semoga Allah limpahkan barakah dalam hidup kita.
semoga bakal anak2 kita pada masa akan datang akan menghormati kita kelak.

 

Sumber dari : iloveislam.com   🙂

SENARAI PELAJAR CEMERLANG SPM 2010.. TAHNIAH!!!

BIL A NAMA PELAJAR
11 A 

( 2 PELAJAR )

RABIATUL ADAWIYAH BINTI RIDZUAN 

SITI NORHASLINDA BINTI ABDULLAH

9 A 

(5 PELAJAR )

MUHAMMAD ALI BIN YUNUS 

FARAH NADIRAH BT SAHARUNI

NUR AMIRAH BT MOHAMAD ZAMRAN

NURMAISARAH BT MOHD NAZERI

MUHAMAD FAIS B MOHDER

8 A 

( 4 PELAJAR )

MUHAMMAD FAKRUL RAZZI B OSMAN 

JARIAYAH BT ARIS SUBADRI

SAIDATUL SHAHIDAH BT MUHAMAD SHAH

NORAMIRAH BT ABDUL RAHMAN

7 A  

( 11 PELAJAR )

MUHAMMAD AMIR ASYRAF B JAMAL 

KHAIRUNNISA BT MAZLAN

NOR SAEDAH BT MUSTAFA

NUR ATHIRAH BT ABD. HAMID

SITI MUTHMAINNAH BT OSMAN

ABDUL ARIF B ABDUL HAKIM

KHAIRUN NISAA BT BAHARIN

NUR ATHIRAH BT PAKHARUDDIN

MUHAMMAD HAZIM B ZAHARI

RUZAIN B ROPIEN

SITI NUR WAHYUNI BT ABDUL WAHUB

6 A 

( 17 PELAJAR )

AHMAD AZIZI BIN BHARUDDIN 

MUHAMMAD IFTHIQAL B MOHD ISSAM

MUHAMMAD SYAMIM B SUHAIMI

NOOR ASHIKIN BT MOHAMAD ISA

NOR FARA DIANA BT ABD RAZAK

AHMAD FAKHRUL FARIS B MOHD HUSAINI

FATIN BT MD SALIM

NUR HIDAYAH BT NOR HASAN

NUR JANNAH NATHASHA BT MUHAMAD ASRI

NURUL NADIA BT JISWANI

MUHAMMAD AMIRUL B MOHD AMIN

MUHAMMAD SYAHIR RAHIMI B SUKRI

HAMIDAH BT MUHAMAD RASID

NOOR SYAZANA BT ABD HAMID

NUR FARZANA IZZATI BT SHAHARUDDIN

NOR AZAWANA BT M. BASRI

NUR SHAQIRA AINA BT MOHD FAIZAL

SUHARNI BT SUDIRO
Penyelaras SPM 2010

UPU Online

Assalamualaikum w.b.t

Sempena dengan keputusan SPM 2010 yang akan keluar esok, cikgu bagi pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling nak war-warkan kepada para pelajar untuk berurusan dengan kami berkaitan pengisian UPU secara online di bilik kaunseling.

Satu peringatan dari guru-guru kaunseling, kalau boleh anda sudah pun menyediakan 8 pilihan yang Insya Allah terbaik untuk diri anda semua. Itu akan memudahkan anda untuk key-in terus semasa proses pengisian borang secara online dijalankan kelak. Jangan lupa untuk ambil nombor unik ID (siapa yang dah beli je) daripada kami ya. Lagi satu, jangan lupa password daripada first phase hari tu ya..

Terima kasih and good luck ya! 😀

Keputusan SPM 2010 – updated

Assalamualaikum w.b.t.

Perhatian kepada semua calon SPM 2010 SAM Sultan Hisamuddin, keputusan SPM akan diumumkan berdasarkan butiran berikut:

Tarikh : 23 Mac 2011
Hari : Rabu
Masa : Bermula 11.00 pagi
Lokasi : Bilik Ibnu Khaldun, SAMS Hisamuddin

Semua calon dikehendaki berpakaian sekolah lengkap.
Calon juga dikehendaki membayar semua hutang dengan sekolah seperti yuran sekolah, yuran asrama, buku SPBT dan lain-lain.

Kerjasama semua amat dihargai.

Wassalam..

Tarikh Keputusan SPM 2010

Ini berita yang terbaru cikgu dapat dari sebuah laman web :

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010) akan diumumkan pada hari Rabu 23 Mac 2011 ini.

Maklumat ini disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud apabila dihubungi oleh akhbar News Straits Times semalam.

Kepada ‘Batch’ SPM 2010..Debaran bermula!! 🙂

Sumber di sini :http://eputra.com/tarikh-keputusan-spm-2010/

Program Motivasi Jejak Gemilang Pelajar Asrama 2011

Pada tanggal 25-27 Februari yang lepas, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Asrama dan juga Kelab Al-Hujjah, Jabatan Syariah UKM telah pun mengadakan program khas untuk para pelajar asrama tingkatan 2,4 dan juga 5.Banyak pengalaman yang dapat dikutip.Diharap para pelajar asrama berupaya mengutip dan mencerna input-input penting dan diaplikasikan dalam kehidupan mereka kelak..

Berikut adalah sedikit gambar dan video sekitar program. Gambar yang cantik-cantik belum sampai lagi..:)

Karnival Pendidikan Mara

Buat semua pelajar dan bekas pelajar SAMSHSB, ada makluman berkenaan dengan Karnival Pendidikan Tinggi Mara. Butirannya seperti berikut:

Tarikh   : 11 hingga 13 Mac 2011

Tempat : Dewan Merdeka dan Dewan Tun Abdul Razak 4 PWTC, Kuala Lumpur

Masa      : 10 pagi hingga 6 petang

Antara menarik di Karnival Pendidikan MARA:
a) Pameran Pendidikan IPTA/IPTS & Intitusi Pendidikan MARA (IPMa).
b) Yuran Pengajian PERCUMA di IPMa terpilih.
c) Peluang penajaan & pembiyaan pelajaran MARA untuk calon yang layak.
d) Elaun Bulanan untuk calon yang layak.
e) Kaunseling Pendidikan & Kerjaya.
f) Pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak.
g) Permohonan terus & temuduga terbuka.
h) Semakan baki tunggakan pinjaman MARA
i) Peluang kerjaya & temuduga kerja.

 

Jumpa di sana!! \(^_^)/