Oh SPM! repost

Bahang peperiksaan semakin dirasai oleh pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara yang telah meduduki peperiksaan SPM. Pelbagai perasan dan reaksi yang berbeza dapat dilihat pada pelajar Tingkatan 5 akhir-akhir ini. Ada yang memperlihatkan wajah yang berkeyakinan tinggi, ada yang berkerut dahi dan ada juga yang “no komen”. Walau apa pun keadaan, para pelajar perlu ingat sebagai seorang muslim kita sebenarnya mempunyai senjata rahsia yang tidak dimiliki oleh orang lain. Setelah semua daya USAHA dicurahkan untuk menghadapi SPM, inilah masa untuk merpergiatkan amalan berDOA. Tidak dinafikan bahawa seluruh pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara telah memerah otak dan keringat mengulangkaji pelajaran. Namun, pelajar-pelajar muslim mempunyai Allah yang akan sentiasa mendengar hajat, rintihan dan permintaan selagi mana kita berdoa kepadaNYA..

Jadi di sini disertakan doa ketika menghadapi kesulitan, yang ma’thur daripada Rasulullah SAW. Berdasarkan sebuah hadis, yang mana Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa;

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا و أنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا

Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza shi’ta sahla

“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan” – Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Sinni dan juga Ibnu Hibban

Dengarkan demo pembacaan doa ini oleh Syeikh Mishary El Fassy

Banyak lagi doa2 yang boleh diamalkan oleh pelajar antaranya di sini dan sini

Jadi Doalah seboleh yang mampu. Sebelum peperiksaan, Semasa Peperiksaan, Selepas Peperiksaan. Doa, doa, dan doa. Insya-Allah, jika kita istiqomah, Maka Allah akan membalasnya dengan kejayaan yang setimpal dengan apa yang kita usahakan.

Setelah selesai perjuangan SPM ini, berserahlah kepada Allah dengan sebenar-benar penyerahan dengan TAWAKAL. Wallahualam..

ubah suai dari sini