Berikut adalah senarai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2009:
9A
1
EFPHY ANA BT RASMAIL
2
FAIRUZ AFIFAH BT MOHD DIN
3
HANISAH BT ZAINUDDIN
4
HANNA ZAKIYAH BT MAHPOL
5
ISTIHANA BT MOHAMED KAMAL
6
NOORATIKHAH BT MOHD. AZLI
7
NUR SAKINAH BT ABDUL GHANI
8
NUR SYAZWIN BT MOHAMMAD SHUKRI
9
NURHANIS BT AB HALIM
10
NURUL ASHIKIN BT ISMAIL
11
NURUL ASHIKIN BT RUSLI
12
PUTERI NUR AMIRA BT A. HAMID
13
ROBIATULIZZAH BT BASIR
14
WIA ARTIKA BT ABDUL RAHMAN
15
YUSMANIARTI BT ISKANDAR
16
NATASHA AMIRA BT SUGIANTO
8A
1
ABDULLAH IQRAM B ZULKAFLI
2
IZZATI AFIQAH BT AB. RAZAK
3
MUNIRATULAIL BT HAZALI
4
NUR NADIAH BT A. KAMAL BAHRI
5
NURIN SYAHIRAH BT MD SIDEK
6
SYAHMI SYAHIRAH BT MOHD SAHIT
7
AMMAR FITRI B AMIN
8
NURUL ZAFIRAH BT ZULKARNAIN
9
NOR FATIHAH BT USALI
7A
1
AHMAD NUR HAKIM B MOHAMAD BASIR
2
MAHIRZAN B MUHAMAD
3
RAJA AIZAT AKMAL B RAJA ROMANJA ZAMIR
4
MUHAMMAD TARMIZI B ABU NAZIR
5
MUHAMMAD SYAFIQ B MOHD SABRI
6
KHAIRUNNISA BT KAMARUDIN
7
IZZATI AUNI BT BATRA’ AZMAN
8
NUR ATHIRA AMILA BT MOHD NOR
9
NUR MADIHAH BT MOHD MAHALI
10
AIESYAH DZHAFIERA BT ZULKIFLI
11
AWIN NURHAZWANI BT MOHAMAD ZAINI
12
MUHAMMAD ZAKHIRI B RUSLI
13
NUR ADILAH BT AHMADI
14
NURUL SHAHEERA BT SA’DON
15
SITI RAFIDAH BT ASYAARI
16
NURFARAHIYAH BT SHA’ARI
6A
1
MUHAMMAD AMIRUL ZAHAR B MOHD ASROMEE
2
MUHAMMAD HAZIQ HAIKAL B HAMDAN
3
AHMAD FARID B OTHMAN
4
ANIS NAJIHAH BT JOHAR
5
HALIMATUN SAADIAH BT MOHD SUHAIMI
6
IKHWAN SHAH B ARMAN SHAH
7
KHAIRUNISA FADILA BT ABD RAHIM
8
MOHAMMAD FAUZUL AZIM B MOHD KHAIRUDDIN
9
MUHAMMAD AFIF B MOHD NAZRI
10
MUHAMMAD NUR IRFAN B KAMAL ARIPIN
11
MUHAMMAD ZULHILMI B MD YASIN
12
NOR IZZATI BT ZULKIFLE
13
NUR ZASLIN BT ZAILANI
14
UMMI AQILAH BT NORLIZAM
15
FATIN NABIHAH BT NORDIN
16
NUR AIN BT ABDULL TALIB
17
NUR AMIRAH AMALINA BT MOHD KHIDHIR
18
AFIFI FAKHRI B AMIR HAMZAH
5A
1
MOHAMMAD FAZLIN B AIDANNASIR
2
MOHD AZRIL FITRI B MOHD AZMI
3
MOHD HAFFIZUL ASWAD B JOHARI
4
MUHAMMAD AZRUL ASHRAF B BORHANUDDIN
5
MUHAMMAD SYAFIQ SYAZWAN B ZAIMATULAKMA
6
NAJAKHUL UMAM B LAHURI
7
NUR ADIBAH BT AINAL AZMI
8
NUR JARIAH BT MAT SHAFIE
9
NURFATIN NAJIHAH BT MOHD ZAHER
10
NUR AMANINA BT AZMI
11
NURFARAHIN BT MOHD SHARIF
12
MOHAMMAD AMIROL AZAMI B ZOLKEFLI
13
SITI HAJAR BT MOKHTAR
14
ALIF QUZAIFI B MOHD YUSRI
Alhamdulillah (segala pujian bagi ALLAH), kami mengucapkan tahniah buat pelajar-pelajar yang tersenarai atas kecemerlangan yang diperolehi oleh mereka dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang lalu. Diharap keputusan ini dapat melonjakkan semangat mereka semua untuk terus berjaya pada masa akan datang.
Buat yang tidak tersenarai, janganlah berputus asa. Bersyukurlah. Anggaplah keputusan PMR yang kalian perolehi sebagai sebab untuk kalian lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan pada masa depan. Banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kalian ambil.
Semoga ALLAH subhanahu wata’ala membimbing kalian semua di dunia & akhirat, amin…
Tanggal 3 Januari 2010 (Ahad), bermulalah diari baru semua warga SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih. Hari persekolahan yang bermula pada hari Ahad baru-baru ini telah dihadiri oleh para pelajar, guru dan kakitangan dengan berbekalkan azam dan semangat baru.
Para pelajar dan guru sibuk dengan urusan pendaftaran. Ibubapa yang hadir pada hari tersebut turut menanam semangat dan harapan agar anak-anak kesayangan mereka dapat membawa pulang cahaya kecemerlangan ke pangkuan keluarga. Seterusnya menjadi bekalan menempuh kehidupan yang lebih panjang dan mencabar yang tersedia di hadapan.
Para pelajar yang tinggal di asrama juga turut sibuk kembali ke pangkuan asrama bagi meneruskan kehidupan pahit manis sebagai seorang pelajar.
Marilah kita sama-sama berdoa agar tahun 2010 ini, bakal memberikan 1001 warna warni kejayaan buat semua warga SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih. Dan dibimbing ALLAH sentiasa dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…
Beberapa gambar yang sempat diambil pada hari permulaan persekolahan SAMSHSB pada hari Ahad, 3 Januari 2010:
Buat guru-guru SAM Sultan Hisamuddin Sg Bertih yang dihormati, tuan puan dijemput dengan segala hormatnya ke Mesyuarat Kali-1 Bagi Sesi Persekolahan 2010.
Butir-butir mesyuarat yang bakal diadakan adalah seperti berikut:
Hari ini, 16 Disember 2009 tercatitlah sejarah bagi pelajar2 Tingkatan 5 SAMSHSB kerana telah berjaya mengharungi ujian paling besar mereka setakat ini, iaitu SPM. Mereka bakal meninggalkan sekolah yang tercinta dan meneruskan perjuangan hidup mereka di tempat lain pula.
Warga sekolah pastinya akan merindui setiap mereka, apatah lagi pada mereka yang telah banyak menyumbangkan tenaga, masa dan fikiran mereka untuk sekolah. Sumbangan mereka telah banyak mewarnai corak sekolah dan cerita suka duka di dalamnya.
Di ruangan ini, diharapkan semua lepasan SPM 2009 dapat meninggalkan sedikit ucapan dan kata-kata nasihat untuk dimanfaatkan oleh semua warga SAMSHSB. Pastinya adik2 kalian dapat mengambil banyak iktibar dari nasihat kalian. Mungkin jika ada ucapan untuk para guru pun silakan…
Dipersilakan untuk memberi ucapan dan nasihat. Silakan…
Buat pelajar-pelajar yang berkesempatan, sila hadir ke program berikut supaya kalian boleh nampak apa yang bakal kalian tempuhi selepas habis peperiksaan SPM nanti, insyaALLAH.
ISLAM merupakan nikmat paling tinggi yang ALLAH subhanahu wata’ala kurniakan buat kita. Sebahagian insan terpaksa melalui proses yang panjang dan sukar untuk memiliki nikmat ini. Namun, kita sebahagian besarnya sudah pun beragama ISLAM sejak mula lahir ke dunia ini.
Tahukah kalian bahawa ISLAM kini sangat berkembang pesat di negara-negara Barat, terutama di benua Eropah & Amerika sana? Ya, ISLAM sedang berkembang pesat di sana. Mengapa? Ini kerana masyarakat Barat mula mengenali keindahan ISLAM apabila mereka mula didedahkan ajaran yang sebenar yang terdapat di dalam al-Quran & as-Sunnah. Selama ini, ajaran ISLAM yang cantik itu sentiasa terlindung oleh akhlaq ummat ISLAM yang sebahagian besarnya buruk dan memalukan. Keindahan ISLAM terlindung dek ummat ISLAM sendiri.
Tetapi, setelah mereka menyelidik keindahan ISLAM, nah ISLAM semakin tersebar luas di sana. Yang paling penting ialah mereka mengambil ISLAM itu daripada sumber asal ISLAM iaitu al-Quran & as-Sunnah. Semoga kita semua kembali melihat setiap butir kalam ALLAH di dalam al-Quran, dan kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam melalui al-hadith. dengan itu, insyaALLAH kita ummat ISLAM akan kembali gah dan cemerlang.
Video berikut dikutip dari youtube yang merupakan salah satu video yang telah dimuatkan di WECHOOSEISLAM.WORDPRES.COM. Sila ke laman web tersebut, kerana terdapat 21 video dan 17 artikel berkenaan insan yang telah memeluk ISLAM. Kenapa mereka memeluk ISLAM? temui jawapan mereka di laman web tersebut. Ada pengajaran dan iktibar yang boleh kita teladani.
Cuti sekolah telah pun bermula. Kami mengucapkan kepada semua guru-guru dan para pelajar ‘Selamat Bercuti’. Berikut adalah beberapa nasihat kepada para pelajar:
Isikanlah masa dengan aktiviti dan program yang bermanfaat.
Manfaatkan masa cuti yang panjang ini untuk berbakti kepada ibubapa.
Banyakkan membaca seperti buku-buku agama, ensiklopedia, novel yang mendidik jiwa dan lain-lain.
Bagi yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SMA dan SPM pada tahun hadapan (2010), mulakan usaha dan persediaan dari sekarang.
Jangan terlalu seronok.
Jangan bazirkan masa dengan tidur dan menonton TV sahaja.
Aturkan aktiviti dengan ibubapa, adik-beradik atau dengan kawan-kawan untuk pergi ke perpustakaan.
Sertailah program-program bermanfaat yang banyak dianjurkan sepanjang cuti persekolahan ini.
Jaga diri dan maruah kalian sebagai seorang muslim.
Jangan banyak meluangkan masa keluar dengan keluar bersama kawan-kawan ke tempat-tempat yang tidak bermanfaat, contohnya pusat membeli-belah, kafe siber dan seumpama dengannya.
Berhati-hati selalu kerana ‘kemalangan tidak berbau’ dan jenayah boleh tertimpa kepada sesiapa sahaja, terutama buat yang leka dan alpa.
Semoga kalian menjadi manusia yang lebih baik apabila kita bertemu nanti di sekolah pada sesi 2010. Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memelihara kalian sentiasa, dan ditunjukiNYA kalian dengan hidayah dan taufiq dariNYA, amin…
Manfaatkanlah cuti yang diberi. Supaya kita tidak tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi akibat tidak memanfaatkan masa…
Demi masa.
وَالْعَصْرِ
1
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
2
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Alhamdulillah, situasi di atas tidak berlaku di SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih. Saya rasa sekolah kita tiada guru yang tertekan akibat program-program yang dijalankan .
InsyaALLAH, mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala menguatkan hati para guru dalam mentarbiyyah anak didik melalui program-program yang telah diatur. Semoga susah-payah para guru diganjari ALLAH Azza wa Jall, amin…
Hari ini 18 NOVEMBER 2009 (Rabu), seramai 129 orang pelajar tingkatan 5 SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih sedang menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Sejak awal pagi lagi, calon-calon SPM ini telah berkumpul di sekolah bagi menghadapi ujian terbesar dalam kehidupan mereka sebagai pelajar sekolah menengah.
Sebelum memasuki dewan, beberapa pesanan dan amanat telah disampaikan oleh para guru kepada mereka dengan harapan mereka dapat menghadapinya dengan penuh tenang dan bersedia. InsyaALLAH, kami warga SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih seluruhnya, akan mengiringi perjuangan mereka dengan do’a, mudah2an mereka berjaya menempuhinya, dan dikurniakan ALLAH akan keputusan yang cemerlang.
Ya ALLAH, saudara-saudara kami sedang menghadapi SPM pada hari ini dan beberapa hari mendatang, berilah kekuatan kepada mereka ya ALLAH. Berilah mereka ilham dan keupayaan untuk menjawab soalan-soalan SPM ini, ya ALLAH.
Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Pertolongan, tolonglah mereka dalam menghadapi ujian yang besar, SPM ini. Berilah ketenangan kepada mereka, jauhkanlah mereka dari lemah dan lupa, resah dan gelisah. Lindungilah mereka dari lalai dan cuai.
Wahai Tuhan Yang Maha Menentukan Segalanya, berilah ketentuan yang baik yang Engkau redhai hasil dari peperiksaan ini. Kurniakanlah mereka keputusan yang cemerlang dalam ujian ini, dan bimbinglah mereka dengan hidayah dan taufiqMU, amin…