Tarikh:  26 APRIL 2009 Bersamaan 1 JamadilAwwal 1430

Masa:  8.00 pagi

Tempat:  Dewan Angsana, SAMHSB

Dirasmikan oleh:  Tuan Haji Abdul Rashid bin Ngah (Pengarah JAPIM)

 

Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.  Tetamu Kehormat telah disambut dengan paluan kompang dan setiba mereka ke Dewan Angsana, satu pertunjukan silat telah diadakan.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan al-Quran.  Bacaan al-Quran telah dibacakan oleh Ustadz Salehuddin dan diikuti dengan terjemahan yang dibacakan oleh Ustadz Shauqi.

Aturcara majlis seterusnya adalah seperti berikut:

9.10-10.30pagi:

  • Ucapan Pengetua SAMHSB, Puan Siti Zubaidah binti Ahmad.
  • Ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Abd Rahman bin Baba. 
  • Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Abdul Rashid bin Ngah, Pengarah JAPIM.

 10.30-11.00 pagi:

  • Acara Penyampaian Hadiah
    • Tingkatan 1 dan 2
    • PMR
    • SMA
    • SPM
    • Anugerah Guru
    • Anugerah Pelajar Cemerlang

11.00 pagi:  Persembahan pelajar

11.30 pagi:  Jamuan makan

12.00 tgh  :  Bersurai

 

 

20 thoughts on “Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009

  1. Tahniah buat yang telah berjaya. Usahakanlah untuk beristiqamah dengan kejayaan.
    Buat yang belum berjaya, peluang masih terbuka luas untuk kalian membuktikan potensi masing-masing.
    Kami guru-guru sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian semua 😀 .

  2. Doa diiring berkali-kali
    Agar pelajar sentiasa diberkati
    Yang berjaya tahniah dari kami
    Bagi yang tidak usahalah lagi

    Cikgu-cikgu bekerja berhari-hari
    Ada yang tunjuk bakat & kreativiti
    Dewan Makan bertukar identiti
    Siap ada pancaran Powerpoint lagi

    Pengetua bangga tersenyum pasti
    Rasa syukur semuanya selesai dengan baik sekali
    Walaupun penat bagai nak mati
    Tapi tak pe hari Isnin cuti

    Majlis Anugerah Kecemerlangan 2008 meriah sekali
    Semua tetamu rasa puas hati
    Kalau diizin oleh Illahi
    Tahun depan berjumpa lagi

    Bunga manggar mengiringi VIP,
    Silat dan doa membuka majlis,
    Pelajar diganjar, guru dihargai,
    Hadirin melihat tersenyum manis.

    Majlis bermula bacaan qari,
    Habis majlis dijamu semua,
    Majlis anugerah sudah dirai,
    Diizin Tuhan berjumpa semula.

    -CikguShah-

  3. syukur Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua , terutama semua guru SAM Hisamuddin kerana telah menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan majlis tersebut dengan jayanya. tanpa pengorbanan , komitmen ,teamwork yang padu, sudah tentu majlis yang meriah pada hari itu tidak dapat kita rasai .terima kasih cikgu-cikgu. tidak lupa juga sekalung penghargaan buat anak-anak ku badan pengawas yang sungguh banyak membantu…tahun depan..umi mahu anda yang akan menjadi penerima anugerah..

    penat lelah tidak terasa ,
    melihat pelajar riang gembira,
    usaha ikhtiar serta doa kita semua
    pelajar SAM Hisamuddin terus berjaya

  4. cikgu shah !!! pic masa hari kecemerlangan 2 tadekk kerr?

    Maksud Ain yg naik sorang2 atas pentas tu ke? Ada foto2nya. Tapi saya tak ambil semua sebab kamera masa tu dah ‘full memory’nya. Saya belum berkesempatan utk nak upload. Terlampau banyak. Saya rasa Bahagian Penerbitan Sekolah adalah foto lengkap. Boleh tanya kat cikgu Hamimah ye 🙂

    -CikguShah-

  5. Salam..wah, gempaknyer mjlis thun nh..brbeza btul ngn thun pas..siap msuk blog skola lg..hm..cikgu shah,xde ke vid nsyid time mjlis hari 2..?tingin plak nk tgk..

  6. tahniah lerr kt sesiape yg cmrlang 2 ye..tutamenye yusma..yg xdpt anugerah 2,xsmstinye kte xhebat..cme xmnyerlah aje..psnn khas tok fom 3,2009..wlupun kte thun ni dihentam teruk sbb bnyk kontroversi..hrp2 xluntur smgt kte sume tok wat yg terbaik dlm pmr nnt..usaha!!tangga kejayaan..buktikn kpd mereka sume..fom 3 boleh!

  7. gambar mmg byk…tp mintak maap le bkn semua dpt ambik…ada jgk blur…lg malang gmbr goyang..ye lah..camera pun murah je…tukang amik pun tak bertauliah…tp byk jg yg dpt di amik dgn baik (itu pun yg dgr arahan msa raptai…pndg camera)…sape minat nk tgk bleh le dtg jumpe saya..tp time sy free le…

  8. sy taw cgu mimah,gmbar sy mesti xde…mana x nye,time amek sijil sluruh badan menggigil..x leh pndg kiri kanan hanya pndg cgu yg bg sijil tu je.haha…

  9. mmg meriah mjlis ni….terutamanya pntasnya….cantik sgt………………………….. ustaz shah,,,mskkn video nsyidddddd…nk tgk…. thniah kpd penerima anugerah

  10. Tahniah kepada yang berjaya……teruskan usaha….
    masih banyak yang perlu ditempuhi di hadapan…..
    kpd yang belum berjaya,don,t give up….

  11. saya cadangkan anugerah kecemerlangan tahun dpn tambah kpd 5 pelajar terbaik setiap semua tingkatan 1,2&4.

  12. Tahniah kpd pljr2 yg brjye dgn cmrlng..hrp2 anda smue bkn cmrlng d dnia shj tp cmrlng d akhrt jga..insyaallah..!buat ustz syah,trme ksh sbb mnghdupkn kmbli suasana yg xpnh drasai sblum ni kt sgberth..m0ga2 lpas ni sgberth jd antara sk0la yg cmrlng bkn sje dri segi akademik tp cmrlng dri sdut akhlak..amin..

  13. gambar pelajar 9A PMR x de ke…… kitaorng nak buat kenangan….. rindu sgt2 kat warga sg berth…. walaupun dah jadi ex sgberth,tp sg berth tetap the best…. semoga sg berth terus maju dan melahirkan pelajar yang cemerlang dunia akhirat…. buat cikgu2, especially cikgu2 3 taat 08… terima kasih banyak2… doakan kejayaan kami disini….

Leave a reply to ain najwa roslan Cancel reply