-Tarikh       :   8-9 ogos 2009

-Tempat     :   A Famosa Resort, Alor gajah, Melaka

-Peserta      :  35 Keluarga

-Tema          :  Kecemerlangan Bermula Dari Rumah

-Aktiviti      :  Majlis makan malam, slot motivasi, acara keluarga , solat berjemaah, tele-match

-Rumusan   :  Keseluruhan program berjalan lancar dan dapat mengeratkan ikatan ukhuwah yang mantap.

Laporan disediakan:

Cikgu Mohd Izwan bin Baidawi. 

 

26 thoughts on “LAPORAN FAMILY DAY 2009

  1. Mulut comot pergi ke Lampung,
    Rehat sebentar mencuci muka,
    A Famosa Resort kita berkampung,
    Lupa sebentar penat bekerja.

    Buah saga sayur peria,
    Letak di kolah di tepi sawah,
    Hari Keluarga penuh ceria,
    Kasih bertambah merapatkan ukhuwwah,

    Kumpul harta jangan berlaga,
    Kalau berlaga punah semua,
    Matlamat kita mencemerlangkan keluarga,
    Cemerlang keluarga cemerlang semua.

  2. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun ade macam2 hal berlaku terutama wabak glamour H1N1…Semoga ukhuwah semakin erat. Seterusnya bekerja pun dgn penuh semangat….Hasilan yang berkat. Amin….

    Sedap pantun cikgu Shah. Rasa2 tahun depan cikgu Shah boleh ngajar BM lah!

  3. Saya pun nak berpantun jugaklah…

    Pergi menjaja ke Kampung Yunan,
    Singgah sebentar membeli gula,
    Hari keluarga program tahunan,
    Tahun hadapan ke mana pula?

    AJK KKGKT kena jawab nih!

  4. ana saje je la cikgu….huhu.yup!mmg ana syg SAMHSB!!ana bru dpt knal wajah cikgushah ni…selama ni dok tgk blog cikgu n posting cikgu kt sini je…tadi dtg skola bru tau cikgu shah yg mana…(ana antara 4 org yg dtg td)…huhu…

    hmm..seronok tgk gmbar guru2 sg bert yg ceria…semoga ukhuwwah antara warga SAMHSB trus kukuh umpama untaian tasbih,tercipta utk mengingati-NYA…

  5. Biar saye yg jwb pantun tu…Dgr ye…..

    Pegi ke pasar membeli ikan,
    Ikan dibeli di kedai Wak Sarip,
    Aaaa ape lg ek??jap2 nk pk dulu..emmm,haa dah tau..
    Balik ke rumah perut pun lapar,
    Goreng je lah ikan tu,kan senang…

    Eh,apsal bunyiknye lain mcm je ek??bedal je lah..
    Haa,jwb2…hahaha

  6. Budak_kecik90,
    Kenapa tak tegur saya kat sekolah? Budak_kecik ni yang paling kecik antara 4 org tu ke?
    OK, mudah2an ALLAH mempermudahkan segala urusan kalian semua, amin…

  7. bestnye dpt tengok cikgu2 sume gembira di a’famosa disisi keluarga yg tersayang.sumenye nampak seronok dan dpt releas tension.cikgu shah x pegi join diorg ke kat melaka?

  8. segan la cikgu tgk wajah org ‘alim ni….apatah lg nak tegur..huhu….ha’ah paling kecik antara 4 org tu…insyaALLAH ke mesir 2hb 9 nnti…..doakan ana ye cikgu…jg utk sume guru SAMHSB,doakan kejayaan ana dgn cemerlang…akademik mahupun sahsiah….

  9. Zul Hafiz,
    Saya dan keluarga ada sertai sekali ke A Famosa tu. Saya seronok apabila tengok anak2 seronok, 🙂

    Budak_Kecik90,
    InsyaALLAH, kami guru2 sentiasa mendo’akan akan kebaikan kalian para pelajar, di dunia dan akhirat.

  10. hari kuarga mmg sronok…tengok kletah ank-ank ckgu yang comel-comel tu…apapun syukur kerana semuanya berjln lancar.wlupun kita bimbang dalam situasi H1N1..tapi alhamdulillah.. semua dalam keadaan selamat…tahniah AJK Kelab ..dan semua yang terlibat secara langusng dan tidak langsung….kerana mengurus program dengn jayanya..harap tahun dpn penyertaan ahli untuk program spt ini akan bertambah bagi mengeratkan lagi ikatan ukhuwah kita semua….

  11. Cegu Azlan, kalau nak pantun ikut cara berpantun,jgn bagi malu sama cikgu BM

    Wak Sarip jual ikan
    Mek Limah beli ikan
    Ikan digoreng sama-sama makan
    Itulah nama kerjasama kan?

    Ek? Teman pun pakai bedal jugak daa…..
    Jawab Azlan! Jgn x jwb……

  12. owh,nampaknye ade yg berani menyahut pantun saya ek..xpe2 biarlah saya menjawabnye..dgr ye..

    Ke kedai wak sarip membeli ikan,
    Sedang membeli ternampak kak Roni,
    Nak goreng ikan takut tak makan,
    Lagi baik saya masak makaroni..

    hahaha…haa jwb jgn xjwb….

  13. Wosh, alang2 seluk pekasam biar sampai masam tangan. Alang2 berpantun biar habis2an.

    Makaroni sedap dibuat pengat,
    Lagi ump campur gula melaka,
    Setakat jawab pantun apalah sangat,
    Lebih baik kita berdebat pula.

    So, amacam? jwb…

  14. ni tahun kedua saya tak dapat joint hari keluarga..
    setiap tahun tu memang ada aral yg x dapat dielakkan..
    tahun lepas,sakit sampai masuk wad,tahun ni kebetulan majlis marhaban akhbar kat kampung..
    apapun seronok tengok kawan2 seronok ..kita tumpang seronok je..

  15. kan best kalau saya dapat prgi..rugi tak ikut maklong saya -) ishh..xpe..yg penting lastyear pnye fmly sy sy da ikt..

    cikgu2 samhsb nie..kt skolah garang..tp kalau kt luar,sporting =) rupa2nya cikgu pun sama je dengan kami semua..

    syg cikgu2

  16. ala..biasala..cigu2 nie garang bertempat, ada masa kami kena garang ada masa kami ada jadi kwn..ikut keadaan..yg pastiye..nak jadikan anak2 kami pelajar yang baik dr segi sahsiah n pelajaran

  17. melihat gambar-gambar yang ada di blog ini saya terkenang semasa menuntut disini.dapat lihat wajah-wajah cikgu.
    Ada yang pernah marah, pukul dan nasihat.
    Dapat lihat ustaz izwan .
    terima kasih dengan tamparan yang amat bermakna menjadikan seseorang itu jauh melihat kehadapan.

Leave a reply to cikgushah Cancel reply