Assalamu’alaikum…

Ini merupakan tulisan terakhir saya di laman web SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih ini.  Tugas mengendali dan mentadbir laman web ini akan diteruskan oleh Cikgu Ali Zakri, insyaALLAH.

Alhamdulillah, segala pujian untuk ALLAH.  Saya rasa gembira tatkala mula-mula mewujudkan laman web ini.  Apatah lagi idea penubuhan laman web ini telah mendapat sokongan yang tinggi dari Puan Siti Zubaidah, iaitu bekas Pengetua SAMSHSB yang lepas.  Tulisan demi tulisan yang dihasilkan tidak terasa bebannya, malah keseronokan ingin mewar-warkan SAMSHSB ke arena global siber sentiasa menemani diri.  Kegembiraan ditambah lagi dengan komen-komen yang dihasilkan oleh puan pengetua, guru-guru, pelajar-pelajar, ibubapa, bekas-bekas pelajar dan orang awam yang telah sudi berkunjung ke laman web yang dhaif sifatnya ini.

Saya memanjatkan kesyukuran atas pencapaian setahun jagung ini.  Tiadalah daya dan upaya diri ini melainkan itu semua dengan keizinan ALLAH Azza wa Jalla.

Komen-komen yang dihantar oleh para pengunjung ditapis dengan teliti.  Alhamdulillah, majoriti komen-komen dan teguran-teguran yang neutral, baik, membina telah dibenarkan ia dipaparkan di laman web ini.  Terdapat juga beberapa komen yang berunsur negatif yang terpaksa saya padam.  Contohnya pelajar A mengejek pelajar B, atau individu C mengumumkan sesuatu yang boleh mengaibkan si D, walaupun dengan niat ingin menegur.  Komen-komen yang seperti ini akan mengeruhkan suasana damai di sekolah kita.  Kita tidak mahu ukhuwah warga SAMSHSB rosak akibat dari laman web ini.

Justeru, saya ingin mengajak diri saya dan anda semua agar menjaga diri dan pancaindera kita agar berhati-hati dari menyakiti hati dan jiwa saudara semuslim kita.  Ini kerana Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Orang Islam itu adalah orang yang orang-orang Islam lainnya selamat dari lidah dan tangannya..”  (HR Bukhari)

Warga SAMSHSB sekalian,

Saya harap kalian dapat terus memberi sokongan kepada laman web ini.  InsyaALLAH, cikgu Ali dan lain-lain guru yang mungkin selepas ini akan terlibat dengan laman web ini akan terus memastikan kelangsungannya.  Banyak lagi cerita ingin kita hebahkan pada dunia.  Biar mereka tahu akan kewujudan SAMSHSB yang telah dan akan terus melahirkan pelajar-pelajar yang soleh dan bertaqwa, insyaALLAH.

Mudah-mudahan dengan wujudnya laman web ini, akan memudahkan semua untuk mengenali sekolah tercinta, akan meletakkan nama SAMSHSB di persada global, akan terikat ukhuwwah sesama warga dan akan menerbitkan rasa rindu alumninya untuk pulang menjenguk dan mencurah jasa.  Dan yang paling penting ialah semoga ia dapat memberi bakti kepada semua kerana ALLAH subhanahu wata’ala.

Akhir sekali, saya memohon kemaafan andai ada kesilapan dan kesalahan saya terhadap kalian sepanjang perkhidmatan saya di SAMSHSB.  Semoga ukhuwwah yang terjalin telah memberi manfaat kepada kita semua untuk ia dijadikan saksi tatkala bertemu dengan ALLAH Jalla wa A’la nanti.

Doakanlah agar saya sentiasa diberkati ALLAH subhanahu wata’ala, berjaya di dunia dan akhirat serta sentiasa mendapat hidayah dan taufiq di sepanjang perjalanan kehidupan saya sampailah pada hari tatkala bertemu ALLAH subhanahu wata’ala, amin…

Video di bawah saya buat khas untuk semua warga SAMSHSB.  Teruskanlah perjuangan kalian semua!

“Ya ALLAH, ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami di dunia dengan kebaikan, dan di akhirat dengan kebaikan, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka, amin”

Yang faqir lagi dhaif,

~CikguShah~
019-3826408

83 thoughts on “Tulisan Terakhir & Permohonan Maaf

  1. trime ksh ustaz krane tlh byk mngajar sy..mmberi ilmu..nsihat ustaz akan sy ingat..ustaz jgn lupakan kami smua…khadiran ustaz di samshsb xdpt kami lupakan…truskan perjuangan ustaz…JAZAKALLAHU KHOIRAN KATHIRAN…

  2. ya Allah…
    sedih’y lgu nie…
    ngis sy…
    huhu..
    ustaz,mcm xcye je ustz da berhenti..
    you’re the bez teacher…
    jgn la lpekn ank murid ustz…!
    strive 4 mardhotillah,,

  3. salam……video yg kat atas tadi mmg best…..bagaikan mengembalikan kenangan semua warga samshsb bersama……apapun…terima kasih untuk cikgu shah untuk semuanya……kami semua di sam hisamuddin akan terus mengenang jasa cikgu shah ketika di sini….walaupun cikgu shah tak pernah mengajar saya….tapi semua ingatan dan tazkirah cikgu kepada kami semua akan kami ingati …insyaallah…..

    tidak kiralah di mana cikgu shah akan berada….kenangan bersama sam hisamuddin tetap tidak boleh saya dilupekan….begitu juga kepada cikgu yg telah maninggalkan kita semua seperti pengetua kita….pn siti zubaidah ….dan juga cikgu feqah tauhid saya iaitu pn rosliza……

    walau bagaimanapun …perjuangan hidup tetap harus di teruskan…..terima kasih cikgu shah….semoga cikgu shah akan berjaya di luar sana…..assalamualaikum….

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah…

      Tkasih atas doa Zul Hafiz…amin. Semoga ada manfaatnya kepada kalian sepanjang saya pernah berada di SAMSHSB 🙂

  4. salam..firstly ustaz sye ucpkn terima kasih byk2 krne telh mendidik kami pelajar2 sg bertih ketika berkhidmt d sini segala jasa dan nasihat yang ustaz beri tidak akn kami sia2kan insyaallah

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah…
      Alhamdulillah, mudah2an kalian dapat mengambil manfaat atas segala nasihat dan peringatan yang telah disampaikan…

  5. amin ustaz..
    sm0ge ustaz sentiasa berada di bawah jagaan Ilahi..
    dun 4get our sch00l k..
    d0akan kejayaan kami dunia dan akhirat..
    selamat berjuang juga! 🙂

  6. salam ustaz. terima kasih atas ilmu yg ustaz da beri kat sy. sy brtuah ade ustaz mcm ustaz. ustaz banyak beri peringatan pd sy. dan itu pling brharga bg sy.
    doakan sy dan rakan2 lain di dunia dan akhirat. jage diri elok2 ye ustaz. hehe.

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah…

      Saya juga bertuah kerana dikurniakan ALLAH dengan pelajar2 yang soleh & solehah belaka, alhamdulillah.
      Mudah2an kalian semua berjaya di dunia dan akhirat, amin…

  7. assalamu’alaikum..
    fuh!!sedih r video ni..menggamit kembali kenangan kt sekolah tercinta…
    terkejut dpt brita cikgu shah benti dr skola ni…
    pape pn,selamat berjuang cikgu shah…syukran sbb mendidik pewaris agama di bumi samhsb….
    syukran sbb mewujudkan website utk skola ni…
    walaupun ana jauh,ble bkak website ni,rasa dekat je dgn klang.dekat je ngn skola….
    hmm….jazakallahu khairan jaza’…..

  8. Mamamimimumu datanglah lagi
    Macam biasa datang nak berperi
    SAMSHSB bersedihlah lagi
    Ada warga pendidiknya dah melangkah pergi

    Tutur kata disusun rapi
    Tingkah-laku sopan berbudi
    Cikgu Shah empunya diri
    Sangat dihormati disanjung tinggi

    Tinggallah kami terus disini
    Mengenang Cikgu Shah yang sangat dedikasi
    Terima kasihlah dari kami
    Moga Allah membalasnya nanti

    Nasihat sentiasa diberi
    Tazkirah selalu dinanti
    Wahai Cikgu Shah yang baik hati
    Sesekali jangan lupakan kami

    An-Nasihah buletin terkini
    Menjadi tatapan yang setia menanti
    Kalau ada rindu dihati
    Jenguk-jenguklah SAMSHSB ini

    Bahan disiar berinformasi
    Untuk tatapan pengunjung sejati
    Blog sekolah masih disini
    Akan diterajui oleh Cikgu Ali Zakri

    Ada tugasan sibuk sekali
    Sampaikan tak sempat jumpa tadi
    Kalau Cikgu Shah pernah terasa di hati
    Maafkanlah Mamamimimumu ni

    1. Panjang usia beramallah selalu,
      Doa dan harap amalan berhari;
      Kita manusia lalai selalu,
      Salah dan silap harap diampuni.

      Lupa mati jangan sekali,
      Baca al-Quran taqarrub padaNYA;
      Amal dan bakti sedikit sekali,
      Mudah-mudahan diterima olehNYA.

      Berjalan Budin berhati-hati,
      Nampak bergaya sopan bersifat;
      SAM Hisamuddin tetap di hati,
      Doakan saya dunia & akhirat.

  9. Setiap yg dtg, psti akn prgi jga, dan yg tggl harus redha akn pmrgiannya…
    Kpd Cikgu Shah, sy doakan ckgu akn b’jya dlm apa jua bdang yg ckgu ceburi n smoga ckgu d berkati Allah dunia n akhirat…
    Terima kasih ats sgla tazkirah n peringatan yg ckgu brikan pda kmi, warga SAMSHSB, insya_ALLAH, sgla amanat n p’ingtn ckgu sntiasa sgr dlm ingtn kmi…
    Akhir kta, berjuanglah di bumi Allah selagi terdaya… Wassalam…

    1. Tkasih atas doa yang dipanjatkan, amin…
      Amanat dan nasihat yang telah disampaikan…amalkanlah ye. Itulah harapan saya 🙂

  10. ~WAKIL DARI KELAS 4(3) ~

    assalamualaikum ustaz …
    ya allah .. berat hati nak lepaskan ustaz shah pergi..

    video tu sngt menyentuh jiwa …
    lirik lagu tu buat sy menangis 😦

    gelak ketwa kita bersama , semuanya tinggl kenangan ! kenagan bersama ustaz shah akan sentiasa berada dlm ingatan kami .

    sy nk ucap kan terima kasih bnyk2..sbb mngajar kami math ..walaupn sekejap .. kami sayang kat ustaz ..
    ustaz ajar math , kami semua faham & bersemngat bila belajar .

    halal kan sgala ilmu yg ustz dah bg kat kami !
    kalau kami terkasar bahasa , buat ustaz tersinggung ke tidak fokus dlm kelas ke , kami mintak maaf ya ustaz

    ..terima kasih kerana memahami perangai kami yang macam budak2 ni ..heheh

    setiap pertemuan pasti ada perpisahan ..

    walau apa sahaja bidang yang ustaz pilih , kami sentiasa sokong ustaz …

    kami harap ustaz tak lupa dengan kami semua …
    ustaz sentiasa dlm ingtaan kami

    lepas ni , xdelah kedengaran panggilan ustaz shah disekolah 😦

    akhir kata semoga ustaz dilindungi oleh ALLAH swt .
    dan berjaya dalm hidup didunia dan di akhirt
    INSYAALLAH.

    jangan lupa kami ye ustaz 🙂

    IKHLAS DR : ANAK2 MURID MU (4.3)

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah…

      Ain, terima kasih atas kata2 awak di atas. Dan juga terima kasih atas doa, amin…
      InsyaALLAH, saya takkan lupakan kalian semua. Kirim salam kat kawan2 semua ye…

  11. kEhiLangaN cEGu eMaNg dirasai oLEh sumE piHak aT skoLa….

    suME sTudEnt emaNg syg cEGu sgt2!!!

    tHaNx n soRry 4 eVeryThNg ea cEGu..

    tP wE alL sTilL bEruntuNg coS aDe cEGu aT ostEl eVery tuEsDay kan???

    tiME kaSEh sGt2 sbb suKe bG kaMi iLmu….

    n u are thE beSt la cEGu sHah…

    thaNx so muCh…

    1. Lyna, mudah2an kasih sayang yang terjalin…liLLAHI Ta’ala.

      InsyaALLAH, saya akan datang ke asrama setiap Selasa malam untuk sesi tadzkirah 🙂

  12. saye dan rakan2 x kn lupe akn jase ustazd dan guru2 yang lain…doakan kami supaya berjaya dalam hidup terutamenye SMA…

  13. asalam’kum cikgu shah..pilu dan syahdu rasanya hati… tiba saat yang dijanji. 2 tahun rasa singkat sekali.namun pemergian cikgu shah tentunya amat dirasai oleh warga SAMSHSB, , kegigihan, keikhlasan serta komitmen cikgu amat membanggakan. sesungguhnya Allah jua yang akan membalas jasa cikgu selama berkhidmat di sana.Amiiin..jazakalla hu khairan khathiran

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah.
      Tkasih atas doa Puan Zubaidah. Dan tkasih juga atas sokongan dan sumbangan Puan buat kami semua di SAMSHSB.
      Mudah2an ALLAH memberkati segala usaha kita, amin…

  14. sedih ble dpt tau cekgu da x mengajar kat sam hisamudin sg.bertih…kehadiran cikgu byk mengubah skola nie…terima ksh sgl ilmu yg tlh cikgu berikan kpd sye n sluruh student sam hisamudin sg.bertih…semoga cikgu diberkati dan dirahmati selalu…n semoga perjalanan cikgu yg seterusnya berjaya dunia n akhirat…

    1. Nuraishah, terima kasih kerana mendoakan saya…amin. 🙂
      Saya juga mendoakan agar Nuraishah dan kawan2 semua dipelihara ALLAH dengan hidayah & taufiqNYA sentiasa, amin…

  15. Assalamualaikum

    Jazakallahu khairal jaza, ribuan terima kasih kepada cikgu Shah, sesungguhnya segala kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, itulah janji Allah. semoga semua pelajar mengambil contoh dari Cikgu Shah kita, akhlak yang ada pada dia menyenangkan semua orang yang mengenalinya, itulah sunnah dan itulah yang disuruh, semoga keluaran Hishamuddin Sg Bertih daripada orang-orang yang menyumbang kebaikan kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara insyaAllah. Saya sendiri sebenarnya suka dengan kehadiran cikgu Shah di sekolah yang sememangnya membawa perubahan dan kebaikan, kami mendoakan semoga cikgu diberi sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT, dan semoga dipermudahkan oleh Allah semua urusan insyaAllah.
    Saya mintak maaf jika ada salah silap dengan cikgu, saya nak kenal lebih mendalam lagi, tapi insyaAllah di masa yang sesuai nanti. Barakallahufik. Fi amanillah.

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah…

      Ustadz Syed, terima kasih atas doa ustadz. Amin…
      InsyaALLAH, saya pun harap saya dapat lebih mengenali ustadz Syed. Nanti kalau dah balik dari Morocco sana, hubungilah saya di 019-3826408. Pasti banyak yang boleh saya mendapat manfaat ilmu dari ustadz, insyaALLAH 🙂

  16. assalamualaikum w.b.t…..
    semoga ustaz shah berjaye di luar sana….
    terima kasih di ats sgale nasihat yg ustaz berikan…
    jasa ustaz xdpt sy balas…
    begitu sedih saat berpisah dgn ustaz….
    smoge berjaye….jgn lupekan kami semua

  17. buat ustaz doa saya mengiringi pemergian ustaz…sedey rsenye ttapi saya th ad hikmah di sebalik ini…doakanlah juga kami yang pernah mnjadi anak didikmu…yg slalu dkau nasihatkn kami,mmberi ilmu dunia akhirat,mnjadi satu medan untk kami antara bek dan buruk dlm menyesuaikan diri di dunia luar ini…..
    JAZAKALLAHU KHAIRAN KASIRA……………………….

    1. Tkasih Leha92 krn mendoakan saya.

      Mudah2an kalian semua menjadi hamba2 ALLAH yang bertaqwa dan memperolehi kejayaan dan keuntungan di dunia & akhirat, amin…

      JazakumuLLAHu khair aljaza’

  18. ye lah…patah tumbuh hilang berganti..walau tak sama macam yang pergi..tapi lumrah hidup ada yang mati yang datang ada yang pergi…yang ditinggal janganlah sepi..yang baik simpan dalam hati..yg buruk buang kat tepi..semuanya kehendak ilahi…

    1. Betul kata cikgu Aizan. Patah tumbuh hilang berganti.

      Dan itulah hakikat yang mesti kita terima. Dakwah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak berhenti dengan kewafatan Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam. Ia terus disambung oleh para sahabah, tabi’in, tabi’ut tabi’in, seterusnya para ulama…liLLAHI Ta’ala. Sehinggalah kita pada hari ini mengambil manfaat darinya. Dan kita jugalah mesti menyambung perjuangan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sehinggalah kita direhatkan ALLAH Azza wa Jalla dengan kematian.

      Teruskanlah perjuangan kalian… 🙂

      Kalau ada kesukaran dan masalah, berjumpalah dengan guru2 kalian. Atau jumpalah guru2 kaunseling. Selepas itu, usahalah perbaiki, doa dan tawakkal-lah kepada ALLAH subhanahu wata’ala…

    1. Javad, ingat pesan dan nasihat saya selalu. Potensi diri jangan dibazirkan dan disia2kan begitu sahaja.

      Semoga jadi anak yang soleh, hamba ALLAH yang bertaqwa, amin…

  19. kepada ustaz yg di sayangi….
    terima kasih atas perjuangan dan pengorbanan ustaz dalam mendidik kami…
    semoga ustaz sentiasa berada di bawah naungan Illahi…
    teruskanlah perjuangan ustaz….
    SEMOGA USTAZ BERJAYA!!!!

    1. amin…terima kasih atas doa Hanif. Buat kalian, saya doakan agar berjaya di dunia dan akhirat, amin.

      Semoga semua amalan kebaikan kita dikira ALLAH sebagai hasanah di sisiNYA, amin…

  20. assalamu’alaikum warahmatullah….
    hmm…ramai sedih ngn pemergian cikgushah ni.begitu besar jasa cikgu shah kt skola ni.syukran jazilan cikgu.maaf,kalau bleh ana tanye,kenapa cikgu shah berhenti mengajar di samhsb?cikgu mengajar tempat lain ke?

    1. wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh…

      Jangan cakap macam tu ya ukhti. Saya cuma setahun lebih je di SAMSHSB. Berbanding cikgu2 lain di SAMSHSB, pastinya mereka lebih banyak berjasa pada bangsa dan agama. SubhanALLAH, saya cukup cemburu dengan mereka semua. Ya, saya cemburu dengan insan yang ALLAH kurniakan ilmu kepada mereka, dan dimanfaatkan ilmu tersebut dengan menyebarkannya…

      Awak contohilah guru2 di SAMSHSB. Mereka tabah dan banyak berkorban untuk agama, bangsa dan negara dalam usaha mendidik insan agar menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa…

      Saya terpaksa dengan berat hati berhenti kerana komitmen yang lebih besar di luar. Saya tidak mengajar di mana2 sekolah. Tapi, insyaALLAH akan terus ‘mengajar’ masyarakat di luar sana dengan cara saya sendiri. WAllahu Ta’ala A’lam…

      Doakanlah agar saya dan kita semua dibimbing ALLAH sentiasa dengan hidayah dan taufiqNYA, sehinggalah kita semua bertemu ALLAH Jalla wa A’la pada Hari Kebangkitan, amin…

      1. alhamdulillah..memang ana sudah contohi guru2 lain di samhsb…yg mendidik ana dr 03-07…syukran ustaz ustazah…itu yg memang ana kenali tp cikgu ana cuma kenal di web ini dan bila ana dtg ke samhsb sblm ana bljr di sini..cikgu xpenah mengajar ana secara talaqqi di dalam kelas tp cikgu mengajar ana secara maya di website ni..dengan fikrah-fikrah dan curahan ilmu dlm website ni byk membantu ana..menambah thaqafah ana..syukran cikgu..

        hmm…ana bru dpt tau dr adik junior ana yg cikgu nak beri komitmen n fokus dlm bidang sistem muamalah Islami ..alhamdulillah….tu jg slh 1 sumbangan utk islam..insyaALLAH ana doakan cikgu terus thabat dan istiqamah dlm apa jua yg cikgu usahakan mudah-mudahan itu sume utk ISLAM-dinul haq-

        mohon cikgushah n shbt2 lain,ustaz ustazah,adik2 doakan ana di bumi mesir ni agar tabah menghadapi apa jua dugaan dan cabaran…juga berjaya dgn cemerlang.doakan kejayaan utk semua..
        wassalam…

  21. Cikgu Shah , thanks 4 everything. Jasa dan khidmatmu dikenang khususnya dalam membantu unit koko. Semoga berjaya dlm apa jua bidang yang diceburi…

    1. Amin…terima kasih atas doa yang dipanjatkan 🙂

      Tkasih juga buat puan atas segala tunjuk ajar dan nasihat sepanjang saya menjadi Penyelaras Kelab & Persatuan. Mohon kemaafan sebab tak dapat memberikan yang lebih baik…

  22. salam ckgu…
    di saat sy bka web site sek ni sy mnangis…
    rndu pd sumer….
    cikgu2 kwn2 ,knangan manis di sek…..

    cikgu…
    cikgu pnh mengajar sy & kwn2 sbjek mat…
    xmgkin sy & kwn2 akn mlupakan cikgu….
    sy b’doa smoga cikgu di berkati ALLAH & sentiasa berjaya di dunia & di akhirat…
    doakn sy juga cikgu…
    mohon ampun klau2 sy ad sktkn aty cikgu….
    halal kn ap yg tlh cikgu berikan pd sy bersama kwn2 ktika di zaman sekolah….

    sam hisamuddin xmgkin padam dlm ingatan sy & sentiasa terpahat jauh di sudut aty sy…..
    SAMSHSB jasamu amt ternilai….
    TERIMA KASIH SAMSHSB….

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah…

      Amin…Terima kasih krn mendoakan saya.
      Dan saya doakan agar Leya dan kawan2 semua diberkati ALLAH dunia dan akhirat, amin…

      Tiada apa yang nak dihalalkan. Ilmu semuanya datang dari ALLAH. MilikNYA. Kami, guru2 sekadar menjadi penyampai sahaja. Amanah dari ALLAH sebenarnya. Dan kami memang berharap agar tugas menyampaikan ilmu ALLAH itu diberikan kebaikan di sisiNYA. Dan kami juga mempunyai harapan agar hasil dari ilmu yang disampaikan itu memberikan natijah yang baik kepada anak-anak didik kami di dunia dan di akhirat, amin…

    1. Oh, setiap hari tak larat saya 😉

      InsyaALLAH,
      >>Selasa malam Rabu: tadzkirah berpandukan kitab Riyadhussolihin.
      >>Jumaat malam Sabtu (waktu kalian tak balik rumah): tadzkirah bermultimedia… 🙂

      Semoga ALLAH menerima amalan2 kita, amin…

  23. askum….sdh ble dgr ckg shah nk pergi…tp sume yg blaku mst ade hikmahnye…sye arap ckg shah bjye dlm bdg 2…doakn ek untk bdk spm 2009…result nk kuar dh nie….MISS SGT KT SKUL!!!

    1. wa’alaikumussalam…

      InsyaALLAH, kami semua akan mendoakan akan kejayaan kalian semua. Semoga mendapat result yang cemerlang dan diberkati keputusan itu, amin…

  24. Singgah di kedai memakan laksa,
    Laksa dimasak dek anak dara;
    SAM Hisamuddin sekolah berjasa,
    Lahirkan pembela agama & negara.

    Terbang rendah si rama-rama,
    Menjadi tumpuan ramai manusia;
    SAM Hisamuddin kubu agama,
    Menjadi harapan rakyat Malaysia.

    Jalan-jalan di bandar Melaka,
    Tertawan hati terhibur rasa;
    Wahai remaja janganlah kau leka,
    Kelak nanti badan binasa.

    Kawan lama datang menyapa,
    Jiwa gembira sesaat kaku;
    Wahai adikku janganlah kau alpa,
    Perjalananmu jauh lagi berliku.

    Termenung sedih si tua papa,
    Mengenang pondok tidak bertamu;
    Hamba sedih dan hamba hampa,
    Andai kalian lupakan Tuhanmu.

    Duduk berehat di Kota Lama,
    Bersama keluarga rehat menjamu;
    Jangan dilepas ajaran agama,
    Gigitlah ia dengan gigi gerahammu.

    Adik menangis hati membara,
    Hilang topi kegemarannya;
    Kita hidup hanya sementara,
    Pulang nanti moga diredhaiNYA.

    Makan angin bersama-sama,
    Angin tiup bersepoi lalu;
    Hidup indah andai beragama,
    Ukhwah fillah bersemi selalu.

    Ceduk perigi guna timba,
    Buat air untuk tetamu;
    Setakat ini pesanan hamba,
    Kenanglah daku dalam doamu.

    http://www.muzir.wordpress.com
    http://www.wechooseislam.wordpress.com

  25. mencintai dan menyayangi x bermakne memiliki wahai kwn2 ku…
    walaupon kte samshsb sgt menyayangi cegu shah namun kte xbleyh memiliki cegu tok slame nye…
    rela kan cegu shah pegi walau berat rasa hati….
    cegu shah ade khndak die tersendiri…
    tp walau pape pon harap cegu shah xkn lupe kn kami semue……
    🙂

  26. very3x touchinglah the video… sob3x!
    rinduuuu kt ust shah & lain2 ckg!!

    smoga ust sihat sjhtera sentiasa…amin…

  27. salam….
    ustz thx sbb celalu bg tadzkirah kat Oztel….
    ustz sye nx tanye,ustz da x bgi tadzkirah ek kat kami yg kat Oztel nie????
    kami ternanti2 ustz bgi tadzkirah….sunyi bile ustz x de….
    ustz lah the best teacher kat skul nie….
    setiap tadzkirah yg ustz bgi Insyallah sye akn mafaatkn dgn sebaik mungkin….
    thx ustz sbb da luangkn mase ustz kat Oztel kami…
    just nx bgi ceramah….
    lastly,saye nx ucapkn selamat maju jaye dlm ape jua bidang yg ustz ceburi….
    sye doakn agar ustz dikurnia kesihatan celalu….
    cupaye dpt dtg balek kat Oztel kteowg….

    SeLaMaT mAjU jAyA ‘n’ SeMoGa MuRaH rEzEkI ‘n’ SeMoGa PaNjAnG uMuR….

    AMIN……….

    1. wa’alaikumussalam…
      Kita tangguh sepanjang bulan Ramadhan.
      lepas ni sambung balik, insyaALLAH 🙂

      Tkasih atas doa yg dipanjatkan. Saya doakan yg sama utk budakoztel juga, amin 🙂

  28. syukran ya akhi shah,jazakallah khairan kathira..byk jasa ustz pd web ni..ini pun salah 1 cara berwakaf utk d manfaatkan bersama2..moga Allah beri kerahmatan pd kita semua..ilal likok dan harap itu bukanlah tulisan yg benar2 akhir..selagi hayat d kandung badan..utuh dalam ingatan jenguk2lah kami d web ini ato d sekolah..wasalam

Leave a reply to AZIERA Cancel reply